Di sebuah kampung iaitu di Kampung Sindumin ada tiga orang sahabat yang amat
akrab.Nama mereka bertiga juga sama iaitu Dol.Orang-orang kampung menamakan
mereka Dol 1, Dol 2 dan Dol 3 untuk menyenangkan memanggil mereka.Kalau tak panggil saja Dol ketiga-tiga mereka akan menoleh disebabkan mereka bertiga sentiasa bersama.Mereka berkawan semenjak kecil lagi.
Dol 1 adalah anak orang kaya di kampung Sindumin.Kedua-dua orang tuanya amat menyayangi beliau lebih-lebih lagi ia anak tunggal.Apa sahaja yang diminta pasti akan ditunaikan oleh ayah dan ibunya.Pakaian Dol1 juga cantik-cantik belaka.Apa sahaja yang Dol 1 nak makan mintak jer,pasti ada.
Dol 2 telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.Isteri Dol 2 teramatlah cantiknya,kulitnya teramatlah putihnya lagi halus mulus.Setiap lelaki yang terpandang pasti akan terpikat.Anak Dol 2 pula teramatlah comelnya.
Dol 3 pula seorang yatim piatu.Kedua orang tuanya telah meninggal dunia ketika Dol 3 berumur 13 tahun.Dia tiada siapa-siapa,cuma yang dia ada dua orang sahabat iaitu Dol 1 dan Dol 2.Kedua orang tua tiada meninggalkan apa-apa harta Cuma sebuah pondok buruk yang dah nak roboh.kehidupan Dol 3 teramatlah daifnya.Pakaian yang dipakainya pun pakaian yang diberikan oleh kedua orang sahabatnya itu.
Walaupun Dol 3 seorang yang teramat miskin tetapi Dol 1 dan Dol 2 tidak kisah tetap juga berkawan dengan Dol 3.Disebabkan kebaikan kedua orang kawannya itu membuatkan Dol 3 tidak mahu berkawan dengan orang lain sehinggakan ia tidak kenal orang lain di kampungnya.
Satu hari Dol 1 mencadangkan agar mereka pergi mengembara,tanpa berfikir lagi Dol 2 dan Dol 3 setuju.Baliklah mereka ke rumah masing-masing.Dol 1 minta izin daripada kedua orang tuanya terlebih dahulu.Ayah dan ibu Dol 1 mengizinkanya pergi mengembara.Dol 2 juga memberitahu isterinya yang mereka bertiga akan pergi mengembara.Isteri Dol 2 juga tidak membantah.Dol 3 memang tak ada masalah,sebab dia tiada siapa-siapa.Cuma yang dia ada hanya dua orang sahabatnya itu sahaja.
Esuknya selepas subuh mereka memulakan pengembaraan denga penuh semangat.Masuk hutan keluar hutan, masuk kampung keluar kampung.Begitulah jauhnya perjalanan mereka setelah berhari-hari mereka keluar dari kampung Sindumin.
Mereka bertiga meneruskan lagi perjalanan sehinggalah mereka tersesat ke sebuah gurun yang amat luas.Mereka teruskan juga perjalanan dalam keadaan cuaca yang amat panas.Bekalan mereka sudah hampir habis,lebih-lebih lagi Dol 3 kuat makan dan minum.Mereka terus berjalan dan berjalan sehinggalah tidak terdaya lagi nak melangkah.Dalam keadaan tiarap di atas pasir ditambah dengan panas terik matahari,bekalan pun dah habis.Terbayang oleh Dol 1 wajah kedua orang tuanya yang amat menyayanginya begitu juga Dol 2 terbayang olehnya isteri dan anaknya.Dol 3 selambe jer,pasal tiada siapa-siapa nak dikenangkan.
Tiba-tiba Dol 1 terpegang suatu benda didalam pasir,maka tanpa berlengah lagi dikeluarkan olehnya benda tu.Benda tu adalah sebiji teko tembaga.Berkatalah Dol 2 “mari kita gosok teko ni,mana tau ada jin didalamnya”.Dol 1 dan Dol 3 setuju dengan cadangan Dol 2.Apa lagi mereka pun menggosok teko tersebut.Belum lama mereka mengosok teko itu tiba-tiba keluar asap dari teko tembaga itu dan asap itu bertukar menjadi jin yang amat besar lagi hodoh.Alangkah terkejut dan takutnya mereka bertiga melihat jin yang keluar daripada teko itu.
Tiba-tiba Jin itu bersuara “wahai anak muda jangan takut,mintalah tiga permintaan.Akan hamba tunaikan permintaan kalian itu,tapi ingat cuma tiga permintaan yang akan hamba tunaikan!.”
Apa lagi Dol 2 dan Dol 3 pun arahkan Dol 1 buat permitaan sebab dia yang jumpa dulu teko tembaga tu.Walaupun dalam keadaan ketakutan Dol 1 buat juga permintaan.Dol 1 meminta supaya dia dihantar balik kepangkuan kedua orang tuanya.Dengan sekelip mata Dol 1 sudah berada didepan ayah dan ibunya,alangkah gembiranya dia.
Melihat sahabatnya Dol 1 hilang dengan sekelip mata,Dol 2 tidak membuang masa lagi terus saja meminta supaya ia dipulangkan kepada anak dan isterinya.Dengan sekelip mata Dol 2 berada dihadapan anak dan isterinya.Alangkah gembiranya Dol 2 tidak terhingga,dia merasakan tamatlah sudah penderitaanya.
Tiba giliran Dol 3 untuk membuat permintaan.Lama dia berfikir,dia sedih kerana kedu-dua sahabatnya sudah tidak berada disisinya.Maka si Dol 3 pun membuat permintaan.
“Wahai jin berbadan besar lagi sangat hodoh,oleh kerana hamba tiada siapa-siapa di dunia ini selain daripada dua sahabat hamba itu oleh itu engkau kembalikan lah semula kedua sahabat hamba itu kesini.”Dengan sekelip mata sahaja Dol 1 dan Dol 2 berada kembali didepan mata Dol 3.
Alangkah gembirnya Dol 3 dengan adanya Dol 1 dan Dol 2 berada disisinya.Tetapi sebaliknya pula bagi Dol 1 dan Dol 2,mereka marah yang teramat sangat kepada Dol 3.Mana tak marah,Dol 1 belum sempat makanan yang disediakan oleh ibunya dan Dol 2 belum sempat melepas rindu kepada anak dan isterinya.
Adapun yang empunya cerita Dol 1 dan Dol 2 masih terus mengejar Dol 3 sambil membawa teko tembaga nak ketuk kepala Dol 3.Hingga sekarang pun mereka masih kejar mengejar…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan