Rabu, 11 Ogos 2010

...milik siapa

kau kata dia milikmu
dan ku pertahan kan ia hak mutlakku
kita bertelingkah
menyinsing lengan
sumpah seranah
aku lebih berhak
kerana di sini bumi ku pijak
kau melatah
melontar segala amarah
kata mu di sini darah tertumpah
langkah mayat ku dulu
dan kau menyanggah
biar putih tulang jangan putih mata..


mereka cuma tersenyum sinis
kerlingan mata penuh makna
dari era Portugis hingga Inggeris
tetap berebut tanah sekangkang
tidak menoleh pada sejarah
tumbang nya Melaka kerana sengketa
sesama sendiri membuat angkara
jika kata itu ceretera lama
biarkan saja.....................
bagaimana dengan bumi Pelestin
Iraq ..Kuwait ..Afganistan
tidak kah itu boleh di jadikan pedoman

Berpolitik tak akan sampai kemana
matlamat tidak menghalal kan cara
kami bukan kuda tunggangan
bulat air kerana pembentung
jangan jadi enau dalam belukar
gunting dalam lipatan
pagar memakan padi....
bumi ini pusaka nenek moyang
biarlah mereka bersemadi dengan tenang
samaada Tuah atau Jebat
tak ada siapa yang akan menang
PERCAYALAH!







1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...