Rabu, 16 November 2011

Decorate of Your Mind

So you decided to see me out of the blue
Should I let you come over
I think you’re doing fine
That girl in your arms
Does she know where you come from

Almost made me move out of town
You don’t want me to be around
But I stayed anyway
Just in case

Finding reasons to hate you more than before
Like how you said you would call
But never at all
Got rid off your number that I know by heart

You left your things at my place
As if I have all the space
Cause you know I don’t mind
Just come back when you think it’s time

I’m all black and white inside
Monotonous from left to right
I decorate my house with things you love
Just in case you show up
In case you show up


Selasa, 15 November 2011

MEMO

I dont mind if you wanna stay
With that smile upon your face
Hang around for a little while
Please dont drive away even for a mile

Different continents
Its not a thing
Coz i know we'll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

I'll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I'll be back in your arms
Toegther we'll always be
For what may come
For what may come
I dont mind if you are far away
I'll be waiting for you anway
Under the sky of sunshine o rain
I know 'm gonna be in your arms again

Different continents
Its not a thing
Coz i know we'll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

I'll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I'll be back in your arms
Together we'll always be
For what may come

Together we'll always be
For what may come
Together we'll always be
For what may come
For what may come




Isnin, 7 November 2011

Selingkar Mengenai Dunia Teori Sastera di Malaysia

Subjek pembinaan teori sastera adalah subjek yang banyak dibincangkan dalam sastera Melayu mutakhir. Teori yang menjadi landasan kritikan, dan menjadituntutan dalam kerangka kerja akademik di yayasan-yayasan tinggi dengan cepatmenerima kehadirannya. Kita menyaksikan beberapa teori sastera telah muncul.Teori sastera tersebut ialah Teori Taabudiyyah, Puitika Sastera Melayu, Pengkaedahan Melayu, Teksdealisme, Takmilah dan lain-lainnya. Teori Taabudiyyah dihasilkan di sekitar tahun 1984, yang kemudiannya diterbitkan pada tahun 1986 dalam buku Teori dan Kritikan Sastera: Kaedah dan Aplikasi, dan ia merupakan teori sastera Malaysia kali pertamanya dicipta di tanah air. Teori Taabudiyyah, daripada namanya sahaja dapat kita kenal sebagai teori yang berorientasikan Islam. Puitika Sastera Melayu yang dicipta oleh Muhammad Haji Salleh di sekitar l988. Bermula dengan gagasan syarahan pengukuhan kesarjanaan, kemudian dikembangkan menjadi sebuah teori sastera berpaksikan kepada sastera
Melayu tradisional. Sama halnya dengan teori Pengkaedahan Melayu, yang juga menggunakan teks sastera tradisional untuk diturunkan teorinya yang dilakukan oleh Hashim Awang pada tahun 1989. Teori-teori ini mula digunakan dengan berkesannya dalam penulisan esei, kritikan dan kajian-kajian akademik berupa kertas projek dan tesis sarjana dan falsafah kedoktoran.

Dalam dekad 1990-an muncul lagi beberapa teori sastera. Teori Teksdealisme bermula pada tahun 1993 yang asal tersiar di akhbar Utusan Malaysia: iaitu pada 18 September 1993 saya menulis “Tentang Jebat”, 25 September 1993 “ Mengukuhkan Teks Sastera” dan 2 Oktober 1993 dengan “Prinsip Keperibadian Pengarang”. Ketiga-tiga tulisan itu sebenarnya sebuah rencana yang dipenggalkan, perbicaraannya berhubung dengan konsep, dasar dan prinsip kritikan teksdealisme. Sementara teori Takmilah dibangunkan oleh Shafie Abu Bakar mempunyai orientasi keislaman yang lebih bersifat sufistik Tulisan yang menjadi janin teori ini ialah
“Sastera Islam: Teori Pengindahan dan Penyempurnaan dalam Rangka Tauhid” pada tahun 1994. Sementara Teori Konseptual – Kata Kunci diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Hassan. Setiap individu pada umumnya mempunyai konsepsi yang tersendiri terhadap sesuatu idea, perkara, hal, objek dan sebagainya. Konsepsinya itu boleh jadi sama dengan individu yang lain dan boleh jadi juga berbeza dengan individu yang lain. Konsepsi atau dalam Bahasa Inggeris ‘conception’ bermaksud “act of forming idea or notion”. Walau bagaimanapun, konsepsinya itu boleh jadi sama dengan individu yang lain dan boleh jadi berbeza. Perbezaan atau persamaan itu bergantung kepada latar belakang, pendidikan, lingkungan masyarakat, kepercayaan, adat budaya, ideologi, pertubuhan yang diperjuangkan dan sebagainya. Semuanya
ini sedikit sebanyak mempengaruhi individu itu termasuk seseorang pengarang terhadap sesuatu konsep. Sebagai misalannya konsep kepimpinan bagi seorang pemimpin berbeza dengan mereka yang dipimpin. Bagi pemimpin, mungkin konsep kepimpinan baginya sebagai kegiatan mempengaruhi. Bagi yang dipimpin pula, kepimpinan sebagai suatu personaliti dan kesannya. Tidak mustahil pula mereka mempunyai persamaan konsep. Sastera kita telah masuk ke bidang yang baru iaiu penciptaan teori sastera sendiri. Ini adalah satu penambahan baru dalam tradisi astera Melayu, yang sedia ada ialah penulisan teks dan kritikan sastera. Dalam perbincangan penteorian ini, ada yang menyatakan, bahawa penciptaan itu sebagai tanda satu mercu pencapaian dalam tamadun atau peradaban….its a sign of a great civilisation…. Sesungguhnya penciptaan teori dekat hubungannya dengan falsafah dan budaya sesuatu bangsa itu. Memupuk dan menyemarakkan teori sastera sendiri adalah tugas orang yang menerima tamadun baru itu. Memang ada alasan untuk mereka yang menidak atau mencurigai keabsahannya. Ini adalah warisan orang-orang yang tidak bertamadun. Meskipun teori-teori tempatan mula mengambil alih teori yang dahulunya didominasi oleh Barat, tetapi hegemoni dan kekuasaannya masih amat terasa. Barat bagaikan menjadikan dunia teori seolah-olah sebuah taman perbungaan. Tanahnya ternyata subur, dan benihnya ditaburkan lalu tumbuh berakar, menguntumkan dan kembanglah satu demi satu bunga teori itu. Dan aromanya sampai ke negara kita. Kita telah sedia maklum teori-teori yang sedia berkembang ialah teori formalisme, strukturalisme, semiotik, pascastrukturalisme, dekonstruksi, intertekstualiti, arketaipal, psikonalisis Lacan, kepengaruhan, pascamodenisme, feminisme, penerimaan khalayak, sosiologi sastera, hermeneutiks, fenomenologi, new historisisme, pascakolonialisme, teori budaya dan eko-sastera. Teori sastera yang berkembang kini, yang dinamakan sebagai teori sastera zaman pascamoden. Dimulai dengan strukturalisme hinggalah kepada teori pascakolonialisme dan teori studi budaya yang mendapat tempat istimewa zaman terkini. Tidak syak lagi, kesemua teori itu datangnya daripada Barat, bagaimana pun ia telah mengalami penyaringan dan sesuai untuk dipelajari dan dikuasai. Dunia Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden 71 sastera kita, tegasnya dunia teori dan kritikan sastera tanah air, mahu tidak mahu terpaksa berhadapan dengan teori-teori tersebut. Ini adalah akibat daripada revolusi dunia maklumat dan situasi global hari ini, yang segala-galanya cepat hadir dan dan hegemonikal sifatnya.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...