Babak 1
Para pelakon
Tok Janggut
Engku Besar Jeram
Che Ishak
Tirai dibuka : Suasana di daerah Pasir Putih yang sedang sibuk dengan perperangan dan ramai pegawai-pegawai British sedang berkawal.
CHE ISHAK: kita sudah tidak selamat lagi sekarang tok (datang dengan keadaan yang melulu dan tercungap-cungap kepenatan)
TOK JANGGUT: aku faham musuh (British) sudah mula mencari kita semua, disana sini penuh dengan pegawai mereka.
ENGKU BESAR JERAM: kalau berterus-terusan macam ini susah kita nanti, lebih ramai penduduk kampung kita akan merana disebabkan cukai yang dikenakan oleh British ini.
CHE ISHAK: kita perlu membantah tindakan British ini, semua barang dikenakan cukai sekarang ini (meninggikan suara dengan mood marah)
TOK JANGGUT: sabar ishak (memegang bahu Che Ishak) kita tidak boleh tergesa-gesa, mereka semuanya bersenjata.
ENGKU BESAR JERAM: kita perlu membuta satu strategi supaya pihak British tidak dapat mengesan tindakan yang akan kita lakukan.
CHE ISHAK: apa rancangan tu? (tanya Ishak dengan nada yang terkejut)
TOK JANGGUT: kita akan mengadakan satu serangan hendap ke atas Pasir Putih pada bila masa-masa sahaja.(terang Tok Janggut kepada dua orang rakannya)
ENGKU BESAR JERAM: saya bersetuju dengan pendapat Tok Janggut itu, di Pasir Putih tentera British banyak bertumpu.
CHE ISHAK: bagaimana dengan jumlah tentera yang akan diperlukan untuk menentang British nanti? (tanya Ishak)
TOK JANGGUT: aku mahu kamu kumpulkan seramai yang boleh penduduk kampung dan kumpulkan mereka semua di rumah aku seawal pagi esok.
ENGKU BESAR JERAM: kalau boleh carilah mereka-mereka yang boleh bermain senjata dan pandai bersilat.
CHE ISHAK: itu tidak jadi masalah, lagipun penduduk kita ada yang pernah berguru dengan Tuk sendiri.
TOK JANGGUT : bagus Ishak.
ENGKU BESAR JERAM : kita kena kumpulkan seramai yang boleh penduduk kerana tentera British sangat ramai berkubu disana.
CHE ISHAK : saya akan cuba berusaha sedaya yang mungkin mencari mereka yang pandai bermain senjata dan bersilat.
TOK JANGGUT : kita akan mula melakukan serangan hendap itu seawal pagi esok, kerana pada waktu itu ramai tentera British masih tidur. Lagipun lebih senang kerja kita untuk menawan balik Pasir Putih itu.
ENGKU BESAR JERAM : kalau macam tu. Ishak kamu perlu bergegas segera mengumpul bala tentera dan senjata selengkapnya.
CHE ISHAK : saya berunsur dulu Tok dan Engku kita jumpa balik pagi esok.
TOK JANGGUT : ingat rahsiakan rancangan kita ini daripada sesiapa sahaja.
ENGKU BESAR JERAM : baik Tok
CHE ISHAK : baik Tok.
Semua mereka pergi bersiap sedia..dan pentas digelapkan serta tirai ditutup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan