Sabtu, 21 Ogos 2010

HELAH DUNIA

Dunia sudah maju
Zaman sudah berubah
Kemajuan demi kemajuan telah dikecapi
Hasil titik peluh pemimpin terdahulu

Di sini
Di saat ini manusia mula terleka
Terleka dengan kemajuan yang dikecapi
Terleka permainan dunia
Menyebabkan mereka tersungkur dengan helah dunia

Mereka menjadi hipokrit
Mereka menjadi metropolitan
Berubah dalam sekelip mata
Hasil jalan pintas mereka rencanakan

Manusia sudah lupa
Tektik kotor ini sedikit demi sedikit telah merosakkan
Merosakkan bangsa dan Negara mereka sendiri
Yang miskin akan terus miskin
Yang kaya akan terus berada dalam dunia kekayaannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...