Khamis, 5 Ogos 2010

Mabuk Cinta

Cintaku telah membawa diriku berkelana
sehingga
tak bisa aku bezakan
duri dan mawar.

Cintaku telah menjadikan aku asing
dari tempat tinggalku sendiri.

Cinta telah menghilangkan perbezaan
antara Yang diCintai dengan Yang Menyintai
Tiada perbezaan antara Yang Asyik dan Masyu'nya.

Kelmarin
kemabukan cinta ini membawaku
ke pintu Cinta
namun , hari ini
tidak pula lagi ku temui pintu
mahupun rumah Cinta itu.......

Cinta telah menjadikan diriku asing
untuk selamanya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...