Ahad, 30 Oktober 2011

Sosiologi Sastra

Sastera merupakan pencerminan masyarakat. Melalui karya sastera, seorang pengarang mengungkapkan masalah kehidupan yang pengarang sendiri ikut berada di dalamnya. Karya sastera menerima pengaruh dari masyarakat dan sekaligus mampu memberi pengaruh terhadap masyarakat. Bahkan seringkali masyarakat sangat menentukan nilai karya sastera yang hidup di suatu zaman, sementara sasterawan sendiri adalah anggota masyarakat yang terikat status sosial tertentu dan tidak dapat mengelak dari adanya pengaruh yang diterimanya dari lingkungan yang membesarkan sekaligus membentuknya. Wellek dan Warren membahas hubungan sastera dan masyarakat sebagai
berikut:

Literature is a social institution, using as its medium language, a social
creation. They are conventions and norm which could have arisen only in society.
But, furthermore, literature ‘represent’ ‘life’; and ‘life’ is, in large
measure, a social reality, eventhough the natural world and the inner or
subjective world of the individual have also been objects of literary
‘imitation’. The poet himself is a member of society, possesed of a specific
social status; he recieves some degree of social recognition and reward; he
addresses an audience, however hypothetical. (1956:94)



Senada dengan pernyataan diatas, Damono mengungkapkan bahwa sastera menampilkan gambaran kehidupan, dan kehidupan itu sendiri adalah suatu kenyataan sosial. Dalam pengertian ini, kehidupan mencakupi hubungan antara masyarakat, antara masyarakat dengan orang-seorang, antara manusia, dan antara peristiwa yang terjadi dalam batin seseorang (2003:1). Bagaimanapun juga, peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam batin seseorang yang sering menjadi bahan sastera, adalah pantulan hubungan seseorang dengan orang lain atau dengan masyarakat dan menumbuhkan sikap sosial tertentu atau bahkan untuk mencetuskan peristiwa sosial tertentu.

Pendekatan terhadap sastera yang mempertimbangkan segi-segi kemasyarakatan itu disebut sosiologi sastera dengan menggunakan analisis teks untuk mengetahiu strukturnya, untuk kemudian dipergunakan memahami lebih dalam lagi gejala sosial yang di luar sastra (Damono, 2003:3).

Sosiologi adalah telaah tentang lembaga dan proses sosial manusia yang objektif dan ilmiah dalam masyarakat. Sosiologi mencuba mencari tahu bagaimana masyarakat dimungkinkan, bagaimana ia berlangsung, dan bagaimana ia tetap ada. Dengan mempelajari lembaga-lembaga sosial dan segala masalah ekonomi, agama, politik dan lain-lain — yang kesemuanya itu merupakan struktur sosial— kita mendapatkan gambaran tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan lingkungannya, tentang mekanisme sosialisasi, proses pembudayaan yang menempatkan anggota masyarakat di tempatnya masing-masing.

Sesungguhnya sosiologi dan sastera berbagi masalah yang sama. Seperti halnya sosiologi, sastera juga berurusan dengan manusia dalam masyarakat sebagai usaha manusia untuk menyesuakan diri dan usahanya untuk mengubah masyarakat itu. Dengan demikian, novel dapat dianggap sebagai usaha untuk menciptakan kembali dunia sosial iaitu hubungan manusia dengan keluarga, lingkungan, politik, negara, ekonomi, dan sebagainya yang juga menjadi urusan sosiologi. Dapat disimpulkan bahawa sosiologi dapat memberi penjelasan yang bermanfaat tentang sastera, dan bahkan dapat dikatakan bahawa tanpa sosiologi, pemahaman kita tentang sastera belum lengkap.

Rahmat Djoko Pradopo (1993:34) menyatakan bahawa tujuan studi sosiologi dalam kesusasteraan adalah untuk mendapatkan gambaran utuh mengenai hubungan antara pengarang, karya sastra, dan masyarakat.

Pendekatan sosiologi sastera yang paling banyak dilakukan saat ini menaruh perhatian yang besar terhadap aspek dokumenteri sastera dan landasannya adalah gagasan bahawa sastera merupakan cermin zamannya. Pandangan tersebut beranggapan bahawa sastera merupakan cermin langsung dari berbagai segi struktur sosial hubungan kekeluargaan, pertentangan kelas, dan lain-lain. Dalam hal itu tugas sosiologi sastera adalah mengubungkan pengalaman tokoh-tokoh khayal dan situasi ciptaan pengarang itu dengan keadaan sejarah yang merupakan asal usulnya. Tema dan gaya yang ada dalam karya sastera yang bersifat pribadi itu harus diubah menjadi hal-hal yang bersifat sosial.


Selasa, 25 Oktober 2011

Gurindam Alam Maya

Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi

Tapi bila gading hilang tuahnya
Tanduk lama dicari cari

Gading dipuja orang baharu
Tanduk dibiar tiada peduli

Gading membuat sisa baharu
Tanduk juga jadi penadah

Antara dua ada lalang
Sekejap tanduk sekejap gading

Kalau tanduk kurang berseri
lalang pergi menuju gading

Liang liuk lentuk si lalang,
Sapa si tanduk bila diperlu,

Menggilap tanduk jarang sekali
Gegak gempita seluruh alam
Bagai tanduk dia ketemu.

Itu resmi makhluk dunia
Pelbagai ragam pelbagai pe'el
Moga lalang menjadi padi
Moga gading menjadi tanduk
Hanya itu boleh diharap
Selama 3 pusingan hidup



Jumaat, 14 Oktober 2011

dARI kUALA kRAI kE gUA mUSANG








Kawasan tempat tinggalku..
walaupun jauh terpelusuk di nun kampung sana,
jauh dari pembangunan di bandar,
tetapi kehijauannya tetap terpelihara.
suasana yang tenang tanpa dipenuhi kesesakan,
udaranya nyaman,
kawasannya bersih..
Kuala Krai tanah tumpahdarahku
menyimpan sejuta kenangan...
















Khamis, 6 Oktober 2011

TEORI KONSEPTUAL KATA KUNCI

Pendekatan Kajian : Konseptual Kata Kunci

Dalam perkembangan teori sastera, dunia sastera Melayu telah didominasi dengan pelbagai teori kesusasteraan Barat. Setelah menyedari akan kelemahan, kekurangan dan ketidaksesuaian beberapa teori Barat, maka para pemikir sastera tanah air berusaha untuk menghasilkan teori-teori sastera tempatan. Atas kesedaran itu maka lahirlah beberapa teori sastera tempatan di antaranya teori Pengkedahan Melayu oleh Hashim Awang (1989); Teori Takmilah oleh Shafie Abu Bakar (1992); Teori Teksdealisme oleh Mana Sikana (1993) dan Teori Persuratan Baru oleh Mohd Affendi Hassan (1999).

Walau bagaimanapun, kegairahan dan kerancakan mencipta teori-teori sastera tempatan semakin berkurangan dan menurun. Dalam abad ke-21 ini hanya lahir teori Puitika Sastera Melayu yang diperkenalkan oleh Muhammad Hj Salleh (2000); dan teori SPB4L (Sistem Pemikiran Bersepadu 4L iaitu Luhur, lahir, logik dan lateral) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hassan (2002). Dalam kemuncak inilah Mohamad Mokhtar Hassan berusaha untuk memperkenalkan teori yang diberi nama Teori Konseptual Kata Kunci pada tahun 2001.

Teori Konseptual Kata Kunci ini merupakan salah satu teori yang agak baru dan terkini dalam sejarah perkembangan teori sastera tempatan. Teori ini telah diperkenalkan oleh Prof. Dr Mohamad Mokhtar Hassan, seorang pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Malaya. Pada tahun 2001, Dr Mohamad Mokhtar Hassan telah melontarkan ideanya tentang teori tersebut menerusi pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk “Pendekatan Kata Kunci: Satu Keadah dalam Kritikan Sastera” dalam Seminar Kritikan Sastera Melayu Serantau, anjuran bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 24-26 September 2001. Melalui teori ini, Mohamad Mokhtar Hassan telah menghuraikan definisi Konseptual Kata Kunci dan menjelaskan tiga prinsip teori tersebut iaitu kepengaruhan, diksi dan kesan.

Idea untuk melahirkan teori ini bermula ketika beliau berusaha menyiapkan tesis Ijazah Doktor Falsafah di Australia National University, Canberra sejak penghujung tahun 1995 hingga awal tahun 1999. Tesis beliau yang bertajuk “Key Concepts In Usman Awang’s Short Stories: Developing A Critical Tradition” merupakan pencetus kepada teori yang ingin diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Hassan.

Konseptual

Setiap individu pada umumnya pasti mempunyai konsep tersendiri terhadap sesuatu idea, perkara, hal, objek dan peristiwa. Konsep tersebut berkemungkinan sama ataupun berbeza dengan individu yang lain. Persamaan dan perbezaan konsep ini dipengaruhi oleh latar belakang, pendidikan, lingkungan masyarakat sekeliling, kepercayaan, adat budaya, ideologi, dan pertubuhan yang diperjuangkan. Sebagai contoh, konsep demokrasi negara bagi pelajar tingkatan tiga dengan pelajar universiti mempunyai perbezaan kerana tahap pendidikan yang diterima adalah berbeza. Begitu juga dengan tanggapan pihak politik sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembankang terhadap konsep demokrasi. Perbezaan konsep itu tentu sekali dipengaruhi oleh pertubuhan yang masing-masing wakili (Mohamad Mokhtar Hassan, 2005:78).

Selain itu, konsepsi seseorang individu juga berkemungkinan samasa sepanjang hayat atau berubah dengan berlakunya perubahan masa, zaman mahupun umur. Misalnya konsep sambutan perayaan bagi seseorang individu semasa mereka kecil tentu berubah apabila mereka telah dewasa. Bagi kanak-kanak perayaan lebih kepada kegembiraan untuk memakai baju baru, mengumpul duit raya dan bermain api. Tetapi bagi orang dewasa pula, perayaan adalah hari untuk bermaaf-maafan, kunjung-mengunjungi sanak saudara dan hari kesyukuran setelah sebulan berjaya menunaikan ibadah puasa.

Oleh itu, pengarang sebagai manusia biasa yang terdedah kepada pengalaman, persekitaran, pendidikan, pekerjaan, masyarakat, politik dan kepercayaan mempunyai konsepsi tersendiri terhadap sesuatu isi, perkara, hal dan objek. Konsepsi mereka juga boleh kekal mahupun berubah mengikut peredaran masa, umur dan zaman. Dalam melihat konsepsi seseorang pengarang terhadap sesuatu isu, hal, perkara ataupun objek itu dapat diteliti daripada kata-kata yang digunakan dalam hasil karya mereka. Kata-kata yang dipilih ini dinamakan sebagai kata kunci (Mohamad Mokhtar Hassan, 2005:79).

Kata Kunci

Setiap bahasa mempunyai kata-kata kunci tersendiri dan kata-kata kunci tersebut akan memaparkan nilai budaya dan masyarakat bahasa tersebut yang menuturkan atau memilikinya. Munurut Hashim Musa dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Falsafah Bahasa,

“dengan melihat lapisan-lapsan perbendaharaan kata bagi satu bangsa dalam satu zaman tertentu, kita dapat menyelami kehidupan, aspirasi, cita-cita, kepercayaan dan pandangan dunia bagi masyarkat itu. Misalnya bagi masyarakat Melayu kuno, perkataan-perkataan seperti semangat, hantu, penunggu, serapah, bomoh, pawang, kapak huma, padi, dengan, langgar dan sebagainya membayangkan kegiatan hidup, kepercayaan dan pandangan dunia Melayu dalam zaman animisme atau pra-Hindu-Buddha.” (Mohammad Mokhtar Hassan, 2005: 80)


Kata kunci (keywords) diperkenalkan oleh Raymond Williams dalam bukunya bertajuk Keywords A. Vocebulary of Culture and Society pada tahun 1976 dapat difahami sebagai “a sheredbody of words and meaning that can be socially and culturally grouped” (Mohammad Mokhtar Hassan, 2005: 80). Selain itu, Mohamad Mokhtar Hassan turut memetik kata-kata Syed Naquib al- Attas yang menyatakan bahawa dalam perbendaharaan kata sesuatu bangsa terdapat apa yang dinamakan lapangan semantik atau lingkungan konsepsi. Menurut beliau:
“Lapangan semantik mengandungi kata-kata kunci yang mengelilingi satu kata tertentu sebagai pusatnya, iaitu dinamakan kata fokus. Kata kunci ialah sejumlah perkataan dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang sangat kuat mempengaruhi pembentukan fikiran konsepsi masyarakat itu tentang kewujudan, alam, reality dan kehidupan mereka. Kata Kunci bertindak sebagai kata fokus apabila perkataan itu menampakkan lapangan simantik yang ketara dan penting yang sangat rapat hubungannya dengan makna pusat perbendaharaan kata bahasa itu.”


Walaupun kata kunci sentiasa berhubungan dengan sejumlah kata-kata kunci yang lain, namun terdapat satu kata kunci yang menjadi fokus atau pusat tumpuan makna. Kata kunci tersebut dinamakan sebagai kata fokus bagi kesemua kata kunci yang berhubungan tersebut. Justeru, pada umumnya, Teori Konseptual Kata Kunci dapat dikatakan sebagai sebuah teori. yang menjadi konsepsi seseorang terhadap sesuatu isu dengan menggunakan kata kunci yang ditemui dalam karya yang dihasilkan.

Prinsip-prinsip Dalam Teori Konseptual Kata Kunci


Terdapat tiga prinsip dalam Teori Konseptual Kata Kunci yang dikemukakan oleh Mohamad Mokhtar Hassan, iaitu:
I. Kepengaruhan
II. Pemilihan Kata
III. Kesan

I. Kepengaruhan

Prinsip pertama ini berhubung dengan pengarang. Dalam prinsip ini, konsepsi pengarang terhadap sesuatu isu, hal atau perkara sedikit sebanyak dipengaruhi oleh latar belakang pengarang termasuk keluarga, pendidikan perkerjaan, masyarakat, budaya, kepercayaan, ideologi dan politik. Faktor umur, masa dan peredaran zaman juga turut memainkan peranan dalam menentukan konsepsi seseorang pengarang itu. Faktor-faktor ini juga turut menentukan penerusan atau perubahan konsepsi seseoran pengarang dalam penghasilan karyanya (Mohammad Mokhtar Hassan, 2005: 84).

Justeru, dalam pencarian konseptual seseorang pengarang itu, pengkaji atau peneliti karya sastera perlu mengenali latar belakang pengarang dan hal-hal yang berkaitan dengan dirinya secara lebih mendalam. Unsur ekstrinsik amat penting diketahui dalam memahami konseptual seseorang pengarang. Selain itu, peneliti juga harus mengetahui tarikh sesebuah karya tersebut dihasilkan. Dengan memahami unsur instrinsik ini, seseorang peneliti akan dapat memahami konsepsi pengarang terhadap sesuatu isi, perkara, hal, objek dan peristiwa (Mohammad Mokhtar Hassan, 2005:84).

II. Pemilihan Kata (Diksi)


Menurut (Mohamad Mokhtar Hassan, 2005: 85:84) prinsip ini pula berhubung dengan karya sastera. Dalam prinsip ini, pengarang akan menggunakan kata-kata yang berada dalam lingkungan dirinya untuk menyatakan konsepsinya terhadap sesuatu hal, isu, perkara, objek dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pemilihan kata-kata bagi sesuatu konsep dalam sesebuah karya sastera mungkin diungkapkan melalui kata-kata konkrit ataupun abstrak atau gabungan kedua-duanya sekali. Sebagai contoh, konsep miskin jika kata konkrit, pengarang mungkin akan menggunakan kata-kata seperti ‘melarat’, ‘menderita’, ‘sengsara’. dan ‘terhimpit’. Manakala kata-kata abstrak pula, pengarang mungkin akan menggunakan kata seperti ‘anjing kurap’ dan ‘lorong ‘sempit’ dan ‘sampah’.


III. Kesan



Prinsip terakhir ini pula berhubung dengan khalayak pembaca. Seseorang pengarang secara sedar atau tidak akan mengemukakan konsepsinya melalui pemilihan kata-kata yang digunakan dalam hasil karya mereka. Konsepsi pengarang terhadap sesuatu isu, perkara, hal dan sebagainya ini pula dapat diarasai oleh khalayak pembaca dengan meneliti karya-karya yang dihasilkan oleh pengarang. Kesannya dapat ditemui dengan
meneliti kata-kata kunci yang digunakan. Kejayaan menemui konseptual seseorang pengarang itu akan terhasil apabila konseptual yang dikemukakan oleh pembaca menyamai konseptual pengarang. Justeru, pembaca harus bersifat objektif, iaitu tidak wujud prasangka atau dipengaruhi oleh ideologi, kepercayaan dan fahaman yang dimiliki oleh pembaca semasa mencari konseptual pengarang.

Berdasarkan rajah kerangka kajian, didapati bahawa prinsip kepengaruhan seseorang pengarang jelas dipengaruhi oleh unsur-unsur luar bagi menentukan konseptual pengarang. Daripada karya yang dihasilkan pula, pembaca dapat memahami konsepsi pengarang berdasarkan pemilihan kata-kata (diksi) yang digunakan dalam karya. Bagi teks karya sastera pula, pemilihan kata-kata yang ditemui merupakan kata-kata yang diungkapkan oleh pengarang. Manakala bagi khalayak pembaca pula, konsepsi pengarang dapat difahami melalui kata kunci (diksi) yang digunakan oleh pengarang dalam karyanya. Oleh itu, jelas bahawaterdapat hubungan keriga-tiga prinsip yang saling bertimbal balik di antara satu sama lain.





CRAZY FUNNYA ABOUT FOOTBALL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...