Pada suatu hari aku berjalan memamg penat tapi best. Suasananya indah banyak tumbuhan yang belum pernah aku temui aku temui. Pokok, pelbagai jenis pokok yang boleh ditemui ada yang tinggi ada yang rendah. Itulah yang dinamakan anugerah tuhan yang Maha Kuasa. Sungguh indah bagi mereka yang mengerti apa itu indah. Dan amat malang bagi mereka yang tidak mengerti apa itu keindahan.
Dalam perjalanan untuk ketempat tersebut, aku singgah di sebuah kedai@warong yang menjual pelbagai jenis ibarat kedai 7e. Tapi apa yang menyedihkan apabila aku masuk ke kedai tersebut aku diperlihatkan dengan pelbagai ragam dan pebualan orang-oreng tua di situ yang sibuk sedang bermain DAM. Malu aku melihatkan nasib bangsaku iantu bangsa melayu. Sedangkn kaum lain sedang sibuk mencari rezeki, tetapi bangsaku pada jam 9.00am masih rancak bermain DAM. Sedih...bila mengenangkan mereka itu. Apakah nasib anak-anak mereka, adakah sama nasib dengan pemain DAM tersebut.
Aku berlalu dari kedai itu untuk terus ke destinasi yang dituju. Perjalanan demi perjalanan aku tiba di satu tempat yang suasana jalan rayanya agak tenang. Syukur kerana aku tidak tersekat dalam jem. Tiba cermin sisi keretaku disapu bersih oleh sebauh motosikal yang dipecut dengan kelajuan 300 kuasa kuda. Hebat, itulah budak-budak muda zaman sekarang semua benda berani dilakukannya. Tidak pernahkah mereka terfikir apakah nasib mereka jika berterus-terusan macam ini. Keluar tiap-tipa malam, melepak, merempit, sudah jadi rutin harian bagi mereka. Terfikir juga aku, siapakah yang akan jadi wira suatu hari nanti. Jika mereka semua yang diharap-harapkah suatu hari nanti hanya jadi debu.
Pening aku memikirkan nasib bangsaku ini, bangsa yang suatu ketika dahulu suatu bangsa yang sangat berani, tegas, dan cekap mula meniti hari-hari suram, jika sikap ini terus bersemadi dalam jiwa sanubari bangsa-bangsa ku ini. Maka dapat aku rumuskan disini suatu hari nanti bangsa lain yang akan memerintah negara ini.
pikir-pikirkanlah.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan