Selasa, 20 Julai 2010

Selipar Jepun


Malang sungguh nasibmu....
Manalah dikau dapat bertahan
Nama mu harum kerana Jepang
Tapi kamu di ambang kehancuran
Kerana getahmu mula retak seribu
Tidak seanggun ketika mula dibeli
Tetapi menfaat mu tidak lagi terkira
Di pakai sehingga haus di pakai pulas
Dudukmu di hujung kaki bawah sekali
Kehinaan bagi yang bernama manusia
Tetapi derajatmu tidak dapat dilihat mata
Gerakmu mengiringi langkah tarian manusia
Di pakai untuk ke pasar, kebun dan tempat biasa
Namun di tinggal apabila ke majlis-majlis istimewa
Kerana engkau tidak padan kerana sifatmu yang murah
Ketika zaman telah pun berubah dan manusia silih berganti
Sepatu dan tumit tinggi mengikuti arus fesyen untuk perhatian
Selipar Jepun masih tetap yang sama untuk di pakai koyak rabak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...