MANIFESTESI MINDA
Dalam sebuah kampung tinggal sekolompok kumpulan yang jauh terpencil daripada pembangunan seperti yang dikecapi di Bandar. Kehidupan masyarakat di situ sangat berbeza berbanding dengan masyarakat di Bandar. Dalam kemiskinan yang dilalami oleh mereka sehinggakan mereka tinggal dalam dunia yang jauh daripada kemudahan awam yang diperolehhi oleh masyarakat yang tinggal di Bandar.
Walaupun mereka tinggal dalam sebuah perkampungan yang jauh daripada pembangunan,tetapi hidup mereka sungguh mesra. Mesra dengan budi bicara, mesra dengan adat resam dan mersa dalam segala aktiviti sosial. Ternyata apa yang dialami oleh kelompok masyarakat ini sangat memang sangat berbeza dengan kehidupan di Bandar yang dipenuhi dengan pembangunn bangunan yang mencakar langit. Bila menusuk masuk ke perkampungan ini apa yang tergambar ialah kehijauan tumbuh-tumbuhan dan dipenuhi oleh hutan yang masih belum di ratah oleh gergasi yang bernama jentera.
Sampainya disana saya dihidangkan oleh penghulu di kawasan berkenaan dengan buah-buahan yang sedap. Durian, rambutan, langsat dan pelbagai jenis buah lagi, menjadi santapan saya. Saya bermalam dirumah tok ketua untuk beberapa hari. Ternyata bagi saya kampung ini memang sebuah perkampungan yang unik.
Pada hari kedua saya disana, saya melihat berlaku sedikit pertelingkahan diantara penduduk kampung dikawasan tersebut dengan seorang lelaki yang berpakain segak mirip seorang pegawai ditemani oleh dua orang pengiring yang datang dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda. Pada mulanya saya membiarkan saja pertelingkahan itu, tetapi lama kelamaan dilihat penduduk kampung semakin ramai mengerumuni lelaki yang berpakaian segak dan bercakap meninggi-ninggikan suara. Saya cuba bertanya kepada salah seorang penduduk kampung tersebut tentang apa yang berlaku sehinggakan penduduk kampung meninggikan suara sedemikain rupa kepada lelaki tersebut. “pak cik apa yang berlaku di sana tu pak cik ?”. “pegawai tu datang nak ambik tanah kami” dengan perlahan Pak cik itu memberi tahu “diorang nak jadikan kawasan kami ini sebagai tapak perindustrian” sambung pak cik itu tadi.
Saya tanpa banyak terus ke pergi kepada pegawai tersebut untuk meminta penjelasan mengenai apa yang diperkatakan oleh pak cik itu tadi. Kalau betul apa yang dikatakan oleh pak cik itu tadi kawasan ini nanti akan didirikan bangunan yang mencakar langit dan hutan-hutan disekitarnya juga akan musnah dengan pembangunan yang akan dilakukan. Bagaimana dengan nasib penduduk di sini nanti, adakah mereka ini akan terbela? Persoalan ini menghantui fikiran saya setelah mendengar apa yang dikatkan oleh pak cik itu tadi.
Dengan nada yang sedarhana saya bertanya dengan lelaki yang berpakaian segak “betulakan apa yang saya dengar ini encik? Kawasan ini akan dijadikan kawasan perindustrian? ”pegawai itu memberitahu, “ya cik, kawasan ini akan dibangunkan untuk tujuan perindustrian” saya mula memanjangkan pertanyaan saya. ”bagaimana dengan nasib masyarakat disini, setelah tanah mereka diambil nanti?” pegawai itu sedikit senyum dan memceritakan kepada saya dengan jelas tindakan seterusnya setelah tanah mereka diambil nanti. Memang tindakan seterusnya yang diambil itu sedikit sebanyakakan membantu penduduk dikawasan ini untuk menempuhi cabaran globalisasi yang memerlukan ilmu pengetahuan.
Dariapada apa yang diceritakan oleh pegawai itu. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu penduduk dikawasan itu untuk keluar dan merasai pembangunan yang dikecapi oleh masyarakat di luar sana. Adanya pendidikan, kemudahan pengangkutan dan kemudahan mamasarkan barangan yang dikumpul.
Setelah hari senja, saya pulang kerumah tok ketua. Pada malam harinya saya menceritakan kepada tok ketua perkara yang sebanar tentang kedatangan pegawai pada sebelah pagi tadi. Setelah saya memberitahu tok ketua satu demi satu hasrat pegawai itu datang kemari dengan tindakan susulan yang dibuat oleh pihak kerajaan setalah tenah mereka diambil nanti. Tok ketua mula sedar bahawa masyarakatnya kini sudah jauh ketinggalan daripada masyarkat luar. Mereka tidak mempunyai pendidikan, tidak mendapat kemudahan elektrik, air dan sebagainya.
Keesokan harinya tok ketua memanggil semua penduduk dikawasan tersebut berkumpul dan memberitahu kepada penduduknya supaya membenarkan kawasan ini dijadikan kawasan perindustrian. Tok ketua juga telah menceritakan kepada penduduk- penduduknya mengenai tindakan susulan yang akan diambil setelah tanah mereka diambil nanti.
Dengan penjelasan yang dibuat oleh tok ketua, semua penduduk tersebut telah bersetuju dan membenarkan kawasan mereka diambil dan dijadikan kawasan perindustrian. Tok ketua berterima kasih kepada saya setelah berjaya menyedarkan dia dan penduduknya yang selama ini jauh ketinggalan dari masyarakat Bandar. Hidup tanpa pendidikan, tanpa kemudahan asas yang sempurna dan tanpa pembangunan menyebabkan mereka ketinggalan dalam segala bidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan