Ahad, 18 Julai 2010

SEKETIKA BERSAMAMU

Seketika bersama mu
Kurasakan suatu kebahagiaan
dalam redup matamu
Membuatku sentiasa tertawan
Mengapa kita ditemukan
Dalam keadaan sebegini
Biarpun segalanya menyeksakan
Kuhadapi dengan tabah.

Seketika bersamamu
Mengajarku erti kerinduan
Mengajarku erti kebahagiaan
Mengajarku erti kesetiaan
Mengajarku erti ketabahan
Mengharungi sebuah kehidupan
Yang dipagari oleh seribu kemusykilan
Yang berbentengkan sejuta halangan
Terima kasih kuucapkan
Untukmu yang mengajarku
Erti hidup yang sebenar
Kaulah teman sejatiku
Harap kau mengerti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...