Isnin, 27 Disember 2010

HUJAN - Kau Harus Ada



Luahan Hati

Pertama kali ku dengar suaramu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih.....

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih....


Jumaat, 24 Disember 2010

JALAN INI

Jalan ini
begitu berliku
begitu berduri
amat sukar bagiku melangkah

Namun demi semangat
terpaksa diharungi jua
seinci demi seinci
jalan berliku
jalan berduri
berjaya kuhainginya

Berkat semangat
dan dorongan
jalan ini
jalanku

Berusaha
sehingga
kutemui penghujungnya
kutemui penamatnya.


Rabu, 22 Disember 2010

Hujan

Hujan,
satu rshmat satu nikmat
bagi mereka yang mengerti
bagi gurun yang kedahagaan
meminta setitik hujan melitupi badan

Curahan yang turun
mendambarkan kebesaranNya
yang sentiasa mengiginkan umatnya tidak ketandusan
meminta setitik air untuk diminum
kadangkala juga untuk alam sekeliling

Tanpa menduga
titisan yang turun itu
ibarat permata yang cair
sinar kemerlap takkala hinggap di daun-daunan

Indah
cantik
syukur
menikmati keindahanMu

Titisannya sangat beerti
dikala kemarau melanda samudera
hujan
penyeri segala kehidupan
pengindah hijauan hutan

Syukur
atas belas ikhsanMu
memberi kami setitik air
setitik hujan




Selasa, 21 Disember 2010

HARI INI.

Hari ini,
tidak seperti semalam
semalam yang memenatkan
semalam yang menyedihkan
semalam yang melaut seribu kelukaan
semalah jugalah yang menbinasakan

Hari ini juga,
tidak seperti biasa
kerna
hari ini
aku mula mengerti
erti sebuah bukti
erti sebuah hati

Dan hari ini jugalah,
lembaran baru akan dicipta
bagi mengisi perjuangan hidup
bagi mengisi saat dan ketika
untuk mencari apa yang tertinggal

Hari ini,
matahari memancar sinar
sinar yang belum pernah kulihat
sinar yang penuh kegembiraan
sinar yang penuh dengan kebahagian

Mulai hari inilah,
segala pahit yang kulalui
segala paht yang membinasakan
akan terbebas
akan terlepas

Hari ini,
meniti detik-detik
mencari nur
yang telah tertinggalkan jauh...



KEHIDUPAN KAMI

Malam sunyi
gitar berbunyi
medendengkan lagu kehidupan
kehidupan para pekebun
kehidupan para petani

Malam sunyi
gitar berbunyi
mempotretkan sejuta luka
mempotretkan sejuta peristiwa
lumrah hidup sebagai petani

Malam sunyi
gitar berbunyi
memberi ruang untuk berehat
memberi ruang untuk bertenang
menanti sejuta cabaran keesokan hari

Malam sunyi
gitar berbunyi
mendengkan kehidupan petani
mendengkan kehidupan pekebun

Khamis, 2 Disember 2010

Kerana Kasih Padamu

Andainya bukan kerana kasih padamu
sudah pasti ku tak disisih lagi
akupun tak tahu mengapaku
terus menyayangi mu

Memang pernah kurasa jemu denganmu
bila mengenagkan sikapmu dulu
namun tetap aku
kasih padamu itu kata hatiku

Ingin aku kekasih
berikan padamu semua yang kau mahu
tapi belum aku mampu lagi
membuktikan nya kepadamu
ku berdoa kekasih
satu masa itu semua kan jadi nyata
hidup kita kekasih
dalam senyum dalam tawa selamanya
sabarlah menanti itu terjadi
usahlah kau bersedih hati

Ku berjanji sepenuh hati
dan takkan ku mungkiri sumpahku


Selasa, 30 November 2010

Isnin, 29 November 2010

KEKASIHKU

kekasihku…
aku merayu..
aku menangis..
kekasihku..
susah bagiku
melepaskan mu
suasah bagiku
untuk menjadi hipokrit terhadap diriku sendiri
dan susah bagiku
untuk menyesuaikan diri tanpa dirimu
kerana bagiku,
kaulah cintaku
kaulah semangatku
sehingga kini
dan selamanya
aku tetap
menyintaimu..
menyayagimu..
dengarlah wahai sayang ku…
aku memohon
melaut kemaafan
jika aku pernah bersalah kepada mu..
wahai bidadari ku..



Jumaat, 26 November 2010

cukup indah(^_^)

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai



Isnin, 22 November 2010

my home(paredise)

best...mmg best duk kat umah, semua benda ada. ape je yg aku nk makan boleh dikatakan ada. yag pling best aku dpt mkn nasi kerabu mak aku msk huh...terbaik la..tq mom wak nsi kerabu yg terbaik...


Rabu, 17 November 2010

saya sayang awak jew



Hanya Untukmu

raye d' perantauan


seumur hidupku 22 tahun bulum pernahaku tanpa family..tapi hari ini aku beraya tanpa mereka. bosan tak tahu nak buat ape. balik solat aku layan pes 2011 yang baru aku install semalam, da 2 aku tido, tak tahu nak buat ape. yang jd masalahnya makan. semuakedai area serdang hari ini off. susahuntuk ku mencarisesuap nasi hri ini. pikir punye pikir akhirnya aku p mines. disanalah aku dapat menikmati makanan. alhamdullah syukur. inilah raye aku tanpa dapat tegok upacara korban dan tanpe makan seketul daging. kesian kn?
pengorbanan yang terpaksa ku laluai demi 2 paper yg sedang mendatang. hopefully semuanya berjalan lancar..
berat pe raye kt cini tp lain kali aku tak mahulg beraya kt cini. moga2 tk da lapeper yg macam n lg..amin(^_^)

Ahad, 14 November 2010

Payahnya bila atap nak jadi tiang, tiang nak jadi dinding, dan d

Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya. Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini. Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:

“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga


Jumaat, 12 November 2010

7 Fakta ,Zaman Purba itu lebih canggih dari apa yang kita Fikirkan

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.
Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!
Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.
Akan tetapi, artefak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya – masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.
Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.

Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:

Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.
Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.

Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.
Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.
Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.
Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Kenderaan
Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui


Selasa, 9 November 2010

PEMIKIRAN LUHUR DALAM TEORI SPB4L: PEMBICARAAN TERHADAP CERPEN DALAM MOU SUMI Oleh: AzmiRahman Mukadimah Makalah ini membincangkan cerpen








Mukadimah



Makalah ini membincangkan cerpen-cerpen dalam Mou Sumi yang dihasilkan oleh cerpenis siber, Ahkarim (http://ahkrim.esasterawan.net). Mou Sumi memuatkan 22 buah cerpen dan 5 buah cerpenpen (cerpen pendek). Cerpen-cerpen yang dihasilkan bermula dari Disember 2005 hingga April 2009. Cerpen-cerpen dalam Mou Sumi pernah diterbitkan dalam Komuniti Cerpenis di eSastera. Com. Hanya cerpen ‘Mat Kopiah Hitam’ diterbitkan di akhbar Wasilah (23 Mei 2009), ‘Vitara Hijau Pucuk Pisang’ (Mingguan Siasah, 29 Julai 2007), dan ‘Luv U-Mimi’ (Jelita, Mac 2007).

Penelitian atau analisis karya sastera dalam pelbagai genre – prosa atau puisi, pelbagai pendekatan atau teori sastera yang digunakan. Ada yang memberatkan pada teori yang mandiri, misalnya teori: Taabudiyah, puitika Melayu, takmilah, konseptual-kata kunci, SBP4L, dan pengkaedahan Melayu. (lihat Mana Sikana, Teori & Kritikan Sastera Malaysia & Singapura, 2005). Teori SBP4L, pengkaedahan Melayu dan puitika Melayu, misalnya adalah teori yang bersifat tempatan dan mandiri.

Jika dikeluarkan satu daripada cabang analisis SPB4L, saya mengenal pasti pemikiran luhur sebagai fokus yang tersurat dan tersirat dalam teks Mou Sumi.



Pemikiran



Sistem pemikiran seringkali disebut sebagai pemikiran saintifik atau sistem pemikiran bersepadu yang merupakan sistem pemikiran yang tersusun dan berdasarkan kaedah saintifik (Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal. 1). Kata pemikiran (bahasa Inggeris think, thinking) tidak dapat diberikan makna konkrit. (Mohd. Yusof Hasan, Mohamad Azmi Ab. Rahman, Ghazali Hamid dan Syd. Abdul Rahman Syd. Zin, 2001, hal. 12-14). Gove (1986, hal. 2376 – 2377), misalnya menyatakan bahawa think/ thinking ialah ‘to have in one’s mind as an intention or desire,’ ‘to have as an opinion,’ ‘the action of using one’s mind to produce thoughts,’ ‘the kind of thought that belongs,’ ‘having or using the ability to think.’ Manakala de Bono, sarjana pemikiran lateral menyatakan bahawa pemikiran (thinking) adalah kebijaksanaan atau kecerdasan manusia (1997, hal. 11). Berdasarkan makna pemikiran, dapatlah dirumuskan bahawa pemikiran adalah proses berfikir manusia sama ada tentang benda bernyawa atau hidup, alam, abstrak dan Tuhan. Hasil pemikiran tersebut terpancar dan diterjemahkan dalam bentuk karya sama ada lisan atau tulisan atau bercetak atau siber (elektronik).



Teori SPB4L



Teori SPB4L telah diperakukan oleh sarjana sastera Melayu sebagai sebuah teori sastera tempatan yang muncul pada awal abad ke-21 (Mohamad Mokhtar Hassan, 2005, hal. vii). Teori ini mula dicetuskan oleh Mohd. Yusof Hasan, sekitar 1990-an, seterusnya teori ini disebarkan dan diajarkan kepada para pelajar Universiti Utara Malaysia – dicetak sebagai bahan bacaan wajib kursus Pengantar Pemikiran pada 1994 (dinamakan Pemikiran Saintifik SP4L). Kemudian diterbitkan pula meskipun teori itu dalam proses pemurnian dan pemantapan dengan menamakannya SPB4L (Sistem Pemikiran Bersepadu 4L). (Mohd. Yusof Hasan, 2000). Teori SPB4L menggabungkan dan menyepadukan empat (4) sistem pemikiran yang dijelmakan oleh manusia dalam karya sastera iaitu pemikiran luhur, lahir, logik dan lateral. Teori ini digolongkan sebagai sebuah teori pemikiran dan sastera mandiri Melayu. Diskusi ilmiah terhadap teori ini pernah diusahakan oleh Mana Sikana (2005). (http://azmirahman.esasterawan.net).



Pemikiran Luhur



Pemikiran luhur adalah pemikiran yang suci dan tinggi martabatnya. Pemikiran ini berkaitan dengan keimanan, ketauhidan, dan kepercayaan manusia kepada Yang Maha Esa. (Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal 4 – 5). Aspek atau skop pemikiran luhur terlalu luas dan tidak terjangkau minda manusia. Pemikiran luhur dalam agama Islam, misalnya melibatkan komunikasi manusia secara vertikal iaitu manusia sebagai hamba sekaligus sebagai khalifah berhubungan terus dengan Allah. Manakala komunikasi manusia secara horizontal pula melibatkan hubungan manusia sesama manusia dan alam. Pemikiran luhur dalam Islam termaktub lengkap di dalam Al-Quran: ajaran tentang Rukun Iman, Rukun Islam, dan aspek kehidupan berpolitik, ekonomi, sosial dan sebagainya. (Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal. 32 – 35). (http://azmirahman.esasterawan.net).



Pandangan S.M. Zakir



Kumpulan cerpen Mou Sumi, diberi ulasan panjang lebar oleh S.M. Zakir (hal. vii hingga xxiii). Saya kutip pandangan beliau untuk manfaat bersama:



1. Karya Ahkarim menyalin semula kehidupan menjadi sebuah karya sastera yang memegang kepada nilai kebenaran.

2. Mou Sumi memperlihatkan sebuah hasil kesusasteraan yang cukup jitu dan padu dengan nilai kesusasteraan yang cukup mengakumkan.

3. Cerpen-cerpen Ahkarim muncul dengan bahasa yang kemas dan olahan peristiwa yang bergerak lancar.

4. Ahkarim adalah seorang sasterawan yang sudah cukup berpengalaman dalam dunia kesusasteraan.



Untuk tujuan huraian pemikiran luhur dalam Mou Sumi, aspek keimanan, etika, nilai kasih sayang, pengorbanan, dan martabat serta maruah bangsa akan diberi tumpuan.



Keimanan versus Nafsu



Cerpen ‘Mou Sumi’ yang dijadikan judul antologi cerpen Ahkarim memaparkan ciri-ciri seorang watak Aku dalam penerbangan menghadiri perhimpunan jemaah tabligh di Bangladesh. Cerpen yang menarik ini memaparkan nilai insan yang pandai mengambil hati orang, suka membantu, mendengar dan bijak menyelesaikan masalah anak-anak buah (hal. 53). Cerpen ini juga menggambarkan watak Aku yang alim, bab hidayah Allah, dan lafaz zikir dan keEsaan Allah SWT. Watak Mou Sumi sebagai pramugari yang cantik dalam kapal terbang menggoda nafsu Aku. Simbolik kepada konflik antara iman yang kuat dengan dorongan nafsu yang lagi kuat ialah tasbih Aku terburai dari ikatan. (h. 60).

Dalam cerpen yang ringkas, yang berbaur antara ilusi dan realiti ‘Mukenah Sutera Merah Jambu,’ memaparkan watak Aku yang terbang ke Bandung untuk melancong dan melawat anaknya, Mimi. Dalam Masjid Al-Azhar, Aku memerhatikan seorang gadis yang bermukenah merah jambu yang sama-sama bersolat. Siapakah gadis itu yang sebelum bersolat, kelihatan berjeans sendat. Adakah gadis itu anaknya, Mimi? Begitulah Ahkarim berjaya membina imaginasi dan kebenaran. Selain itu, soal keimanan diberi tumpuan; nilai solat di Masjid Al-Azhar oleh watak Aku dan gadis itu.

Dalam cerpen ‘Olah Mulut Luas’ dan ‘Sungai Itau Mosque Resort,’ soal pemikiran luhur diangkat oleh Ahkarim. Lawatan rombongan pakej Ad-deen ke Tanah Suci banyak memberi iktibar dan teladan kepada manusia. Perhatikan kata-kata Pak Wan “…tolonglah supaya kita semua jaga lidah kita, jangan suka fitnah, bersangka buruk terhadap orang lain, supaya tidak tercemar ibadat kita, dan semoga umrah kita diterima Allah sebagai umrah mabrur… (hal. 125). Namun, gambaran nafsu yang tewas tidak terlepas dalam penceritaan; diceritakan perkahwinan Haji Razman dengan Mislah secara senyap di Siam.

Pesan untuk amalan hari Akhirat, amalan teori Barat secara melulu, dan tentang dakwah Islam untuk manusia menjadi inti cerita dalam cerpen ‘Sungai Itau Mosque Resort.’ Kata-kata Tuan Hilmi dapat menggambarkan penyataan itu. “…selagi tidak bercanggah dengan syariat, berteraskan akidah dan berlandaskan sunah, tidak perlu persoalkan…kita dinilai dari segi keikhlasan…(hal. 90).

Persoalan keEsaan Allah digambarkan dalam cerpen ‘Marwah Yang Gondol.’ Kisah suami isteri; Hamidah dan Hamidon yang berlatar tempat di Marwah ketika mereka menjadi tetamu Allah. Di Marwah, mereka berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Hamidah mengungkapkan “…Dia akur, ini semua kudrat Allah. Dia juga akur, ini juga dugaan Allah terhadap dirinya…” (hal. 194). Namun, Hamidon yang bernafsu, tanpa diketahui oleh Hamidah telah berkahwin dengan Marie Wong @ Marwati Abdullah, setiausahanya di Selatan Siam.

Cerpen ‘RM3.10 Sekilo’ meskipun memaparkan dunia penoreh getah; kisah Mah dan Mud yang gigih menorah getah. Dengan harga getah yang tinggi, rezeki mereka murah. Namun, konflik timbul bila hasil getahnya dicuri oleh anak Tok Imam. Musibah menimpa anak Tok Imam yang kepanasan. Berkat dan makbul mereka berdoa dan membaca Yasin supaya sesiapa yang mencuri hasil getah itu menerima pembalasan Allah. Gambaran Ahkarim dalam cerpen ini adalah tentang penoreh getah yang sabar, beriman, bersoalat di masjid, membaca al-Quran, taat beribadat, dan menderma rezeki kepada Maahad Tahfiz. Kata-kata Ustaz Damis meyakinkan Mah dan Mud bahawa al-Quran memimpin manusia ke syurga. “…seorang anak yang hafaz al-Quran dalam keluarga, maka insyaAllah, anak itu boleh menarik ibu bapanya masuk ke syurga.” (hal. 178). Hal-hal ibadat disentuh juga dalam cerpen ’23 Minit Lagi’ dengan watak Aku yang berlawan dengan gangguan syaitan supaya menekan butang snooze sedangkan waktu subuh sudah hampir.

Cerpen ‘Naematuali Master’ yang berlatar tempat di Bangladesh mengisahkan watak Naematuali Master yang banyak berjasa kepada masyarakat. Dia mengajar bahasa Inggeris di Model High School, Manikgonj, sampailah ke akhir hayatnya. Dia sendiri yang mengutip derma untuk pembangunan sekolah dan Masjid Rahmatpur. Nilai pengorbanan, dan keikhlasan yang terpancar pada watak utama ini adalah bersifat sejagat. Hal-hal berkaitan dengan dakwah Islam dan keimanan adalah lahiriah diri insan Islam. Tidak dilupa ucap doa “…Doa itu dilafazkannya dari sudut nurani yang cukup tawaduk…semasa sujud terakhir pada setiap kali solat.” (hal. 241).



Kemurnian Cinta, Etika, dan Nilai Kuasa



Pemikiran cinta dan kasih sayang menarik untuk diberi huraian. Cerpen ‘Luv u Mimi’ yang mengisahkan watak Pak Su yang cuba menghilangkan atau melenyapkan diri lantaran terbeban dengan hutang piutang. Namun, bila difikir anak-anak, rancangannya beberapa kali gagal. Mesej daripada anaknya “Akum Pak. Mimi akan sampai KLIA lusa. MH640. Tlg ambik Mimi dengan kreta sbab brg byk. Luv u-Mimi.’ (hal. 171) mengikat kuat kasih sayang bapa terhadap anak dan dirinya.

Cerpen ‘Makna Juara’ dan ‘Jagung Rebus dan Moi’ nampak ringkas tapi padat dengan nilai pemikiran cinta keluarga atau suami isteri. Ungkapan “Umrah…aku dah jemu...” (hal. 239) oleh Mak memberi makna yang Mak meskipun mahu menang tapi tewas; pilihannya ke Maldives, sebuah pulau yang indah di Lautan Hindi. Begitu pula ungkapan “Tak apalah, aku keluar makan di kedai Yah Janda.” (hal. 228) mengikat cinta dengan moi yang mahu disediakan oleh si isteri. Cerpen ‘Mah Punya Cantik’ meskipun cerpen ini kelihatan seksi dan berahi, “Mah terpacak di hadapan pintu tanpa memakai colinya…di depan Mael. (hal. 63), gambaran ikatan cinta yang kuat antara Mah dengan Husin, dan Mael dengan Sopiah terpadu dalam cerita (hal. 68). Namun, watak Jat yang setia terhadap suaminya jelas tergambar meskipun suami Jat berkahwin lagi setelah menikmati kesenangan hasil torehan getah yang dijual pada harga RM3.85 sekilo. “…Jat masih menoreh. Tanpa menghiraukan kehadiran mereka. Jat terus menoreh.” (hal. 54).

Membaca cerpen ‘Pro JC’ memberi gambaran sebaliknya bahawa hubungan baik dengan bos hendaklah ikhlas dan tidak ada apa-apa kepentingan peribadi. Bukanlah seperti apa yang diucapkan oleh JC (Jimmy Cho) “..Kalu hang nak minta permit, boleh aku rekemen. Aku tahu, hang tu bukan ada permit…” (hal. 140). Dalam soal mendapat permit sesuatu perniagaan atau perkhidmatan, bukanlah dengan cara rasuah dan sediakan perempuan cantik untuk bos demi mencapai segala kehendak seseorang. Penyalahgunaan kuasa adalah perbuatan tidak beretika dan bermoral apatah lagi dari dimensi Islam. Begitu juga dalam cerpen ‘Tetamu’ dengan watak Dia (bakal Pengurus Besar) Lembaga Pengangkutan yang berlakon tanpa disedari oleh staf warga di situ. Gelagat pekerja yang ponteng kerja, membuang masa, dan tidak beretika diperhatikan oleh Dia. Maka tidak hairanlah Nasir MD (hal. 24) menyatakan “…Pejabat tu macam sarkas.” Ahkarim mengajak khalayak untuk membina kecemerlangan organisasi, dan etika perkhidmatan hendaklah dipraktikkan sepanjang masa.

Politik dan kuasa tidak dapat dipisahkan. Tipikal politik Melayu sering dikaitkan dengan perebutan kuasa, salah guna kuasa, dan rasuah wang. Membaca cerpen ‘Mat Kopiah Hitam’ jelas pemaparan betapa politik dan para pemain dalam arena politik hendaklah bersih jiwa, dan jangan ada agenda sulit dalam tindakan. Namun apa yang berlaku dalam cerpen ‘Mat Kopiah Hitam’ adalah sebaliknya; konflik pemimpin Parti SAPU versus Parti PASU. Apa yang penting dengan apa jua cara ialah menawan puak agama; tok imam dan pegawai agama berpihak kepada parti SAPU. Mereka mahu mencucuk hidung tok imam dengan menabur material, naikan elaun, dan memecat mereka yang melawan arus politik perdana. Ungkapan ini jelas menunjukkan betapa tidak bermoralnya mereka. “Kalau Tok Imam tak mahu ikut kita, kita buang.” (hal. 75), dan “Puak ini dah kita tahu sangat; bagi ambil, jangan tolak; apabila pangkah, hak tu jugak…” (hal. 77). Tidak hairanlah jika dalam cerpenpen (cerpen pendek) ‘Politikus Keris Telanjang’ (hal. 225 – 226) menggarapi watak Aku versus politikus durjana yang jijik, menipu dan putar belit janji. Tragedi Aku menikam politikus durjana dengan keris berkarat dan tak bersarung adalah simbolik kepada berakhirnya kedurjanaan politikus sedemikian.

Persoalan etika juga digarapi Ahkarim dalam cerpen ‘Memahat Kepastian’ (hal. 261) dengan menjadikan watak Hassan; seorang pegawai atasan yang baru membawa banyak perubahan dalam organisasi. Namun, dalam soal pemilihan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lot niaga, soal etika hendaklah dilaksanakan, dan bukanlah berpendirian menyongsang bila ada pelbagai habuan yang ditawarkan demi hajat tercapai. “…Biasalah Tuan. Zain dan dah dua tiga kawannya beberapa kali ajak saya keluar tapi saya menolak. Panggilan telefon berpuluh kali semenjak lot niaga itu kosong… (264). Bukanlah apa yang digambarkan dalam cerpen dan cerita ini; betapa tidak bermoralnya seorang pegawai atasan kerajaan. Perhatikan petikan berikut: “…Dia terlibat dalam bersubahat memberikan lot kedai, gerai, dan premis perniagaan kepada orang yang bukan berhak. Banyak peniaga dan bakal peniaga tulen telah terlepas peluang tetapi sebaliknya orang lain yang mendapat berdasarkan kepentingan tertentu…(hal. 272). Meskipun “…lima bulan selepas itu,…Hassan bergelar Datuk Hassan…tahun depan dia akan dinaikkan pangkat dan akan menjadi orang nombor dua dalam hierarki pentadbiran negeri.” (273), bukanlah hal tidak bermoral dan beretika yang mahu diberi penekenan. Hal di sebaliknya yang tersirat adalah lebih bermakna; keputusan dan tindakan seseorang dalam apa jua yang melibatkan kepentingan awam hendaklah dilakukan secara berhemah dan beretika. Bekerja bukanlah tujuannya mahu mendapatkan kenikmatan material dan habuan fizikal seperti garapan dalam cerpen ‘Lopak Pelangi Sobariah.’ (hal. 213-214); dengan jawatan tinggi, Husin mendapat tanah.



Maruah dan Martabat



Maruah adalah hal-hal berkaitan harga dan kehormatan diri, bangsa, agama dan negara. Manakala martabat pula berkaitan dengan kedudukan seseorang pada mata masyarakat, agama atau negara. Maka maruah dan martabat ada kaitan dari segi makna dan tafsiran dalam cerpen-cerpen Ahkarim.

Ahkarim sebagai cerpenis dan sasterawan siber Melayu tersentuh dengan isu-isu yang melibatkan bahasa, agama Islam, dan bangsa Melayu. Atas kapasiti Ahkarim sebagai manusia Melayu, dia melontarkan pandangan dan pemikiran luhurnya terhadap bangsanya meskipun dengan nada sinisme dan keras. Dalam cerpen ‘Laluan Rencah Terakhir (LRT)’ dengan menggunakan watak asing; Naseem, Ahkarim dengan sinis menyatakan tentang nilai bahasa Melayu yang sudah bercampur aduk. “…tetapi mengapa dicampuri dua bahasa…Agaknya lebih kesan menawan hati pengguna, jawab angin. Jika bahasa nasional tidak berapa glamour, bisik angin…” (hal. 12).

Begitu juga dalam cerpen ‘Vitara Hijau Pucuk Pisang’ Ahkarim masih membicarakan soal maruah dan martabat bahasa Melayu. “…Apa salahnya kalau guna bahasa Melayu.” (hal. 103). Semangat Tuan Haji, sebagai mantan pegawai tinggi kerajaan jelas terhadap bahasa dan pemimpin Melayu. Watak Tuan Haji tidak mahu maruah dan martabat bahasa Melayu tergadai oleh pemimpin Melayu yang rakus kuasa. (hal. 107 – 108). Simbolik perjuangan watak Tuan Haji dalam cerpen ini adalah dia mengecat dinding kiri dan kanan Vitara Hijau Pucuk Pisang hadiah isterinya sempena hari jadinya yang ke-58 dengan bulatan putih. Maksudnya perjuangan mencari kebenaran; bahasa, agama dan bangsa Melayu dalam aliran politik dan pemikiran yang berbeza.

Maruah dan martabat bangsa Melayu masih menjadi tumpuan pemikiran Ahkarim. Dalam cerpen ‘Malayofobia’ dengan sinisme dan sarkasme, dia mengungkapkan “Malay bastard! Go to hell with the Malay.” (hal. 137). Tafsiran Melayu mengikut Ahkarim, tidak mahu menjadi Melayu yang mudah terikut dengan rentak Sik Leong. “Lu mesti tikam tiap-tiap minggu. Gua punya topekong bilang, mesti satu hali lu menang besat. Gua gelenti.” (hal. 132). Ahkarim tidak mahu, Melayu sudah lupa diri dan mengangkat maruah bangsa lain; misalnya bangsa Inggeris dalam rutin kehidupan. (hal. 185). Kisah Balan, yang mengkritik Datin Zanariah yang menggunakan bahasa Inggeris dalam mesyuarat kerajaan adalah tindakan yang berani. Risiko berbuat begini dalam konteks perkhidmatan kerajaan adalah ditahan kenaikan pangkat atau rendah markah prestasi kerja. Namun, berlaku sebaliknya bila Balan mahu bahasa Melayu dimartabatkan dalam mesyuarat kerajaan; dia dinaikkan pangkat ke JUSA. (hal. 191). Selain itu, cerpen ‘Bicara Vit dan Kan’ secara personifikasinya ada mengungkapkan soal bahasa Melayu. Ungkapan Vit “…menteri kita yang haprak pun cakap bahasa rojak juga …” (hal. 230). Pada pandangan Ahkarim, bangsa Melayu mesti bermaruah dengan bahasa Melayu; jangan timbulkan kecelaruan fikiran.

Dalam fikiran Ahkarim, agama adalah keseluruhan hidup. Agama bukanlah alat untuk mencapai agenda politik. Namun sebaliknya terjadi dalam cerpen ‘Dr. Hatimas,’ kisah seorang ustazah dan penceramah agama yang handal dalam bab Islam menjadi pemain politik (politikus) setelah gagal meraih jawatan profesor; sebab tanpa buku kajian empirikal, ilmiah tetapi bersandarkan ceramah…”(hal. 43). Dia meletak jawatan sebagai pensyarah universiti, dan menjadi YB. Namun sebagai manusia Melayu yang faham tentang Islam, kesudahannya di mana? Benarlah pesan suaminya “…guna Hatimas hanya untuk mengalahkan lawan mereka yang juga berlatar belakang Islam dan cukup popular.” (hal. 45).

Soal kepentingan ilmu dan nilai ilmu turut dibicarakan oleh Ahkarim dalam cerpen ‘Polemik Di Udara’ dan ‘Agnes, Di Susur Sandakan.’ Dalam penerbangan, berlaku diskusi ilmiah antara Muzzammil dengan seorang lelaki Arab; Nurfrah yang berfikiran kebaratan. Polemik ilmu ini menarik kerana watak-watak mencari kebenaran ilmu. Namun pada pandangan Muzzammil “…membaca dan terus membaca. Mencari yang terbaik untuk memakmurkan bumi Allah…(hal. 156), dan “…pelaksanaan hendaklah diteliti; yang bertentangan dibuang, yang baik diubahsuai dan diadaptasikan.” (hal 157). Ilmu pula hendaklah berada pada kedudukan yang tinggi dan sebagai manusia, rasionaliti membuat pilihan adalah amat wajar supaya hidup tidak menyimpang dan tidak berpihak kepada nilai kebaratan yang bukan semuanya benar.

Pengaruh Barat masih kuat meresapi pemikiran warga negara, khasnya Melayu. Dalam cerpen ‘Agnes, Di Susur Sandakan’ meskipun garapannya tentang asal usul nama negeri Di Bawah Bayu, watak Aku masih tertanya-tanya dan bercakap sendirian “…Biarlah mereka kenal Agnes; penulis, perakam sejarah, pemastautin dagang yang cekal mengungkap sebuah sejarah di rantau using ini. Agnes, pencipta ungkapan rimantis ‘Bumi Di Bawah Bayu..” (hal. 209). Namun, itulah realiti dan fakta yang warga negara Malaysia terima; asal usul ungkapan itu ciptaan orang Inggeris; Agnes Newton Keith.



Penutup



Cerpen-cerpen dalam Mou Sumi beragam pemikiran khasnya dengan pemusatan kepada pemikiran luhur yang juga luas dimensinya; hubungan manusia dengan Yang Maha Esa dan hubungan manusia dengan manusia serta alam. Jika diteliti satu persatu cerpen Ahkarim dalam Mou Sumi, dapatlah dirumuskan bahawa; pertama, sebagai cerpenis dan sasterawan siber, garapan pemikiran Ahkarim adalah garapan kehidupan manusia dan dirinya sebagai insan-Nya yang terakam pelbagai peristiwa, cerita dan pengalaman. Semua itu dipilih, disaring, kemudian ditapis oleh Ahkarim dengan teliti supaya menjadi aksara pemikiran luhur yang bermakna; kedua, dengan alur cerita yang teratur dan kemas, Ahkarim berjaya mengangkat pemikiran luhur manusia di sekelilingnya, dan khalayak mentafsirkan pemikiran dalam cerpen dengan cara sebaliknya; ketiga; pemikiran luhur dalam teori SPB4L, sebagai satu kaedah analisis teks sastera; dalam hal ini cerpen-cerpen Ahkarim dapat menyelongkar persoalan keimanan, cinta, perjuangan, etika, moral, maruah dan martabat manusia; dengan tumpuan kepada manusia Melayu; keempat; cerpen-cerpen Ahkarim sarat dengan timbunan pemikiran. Justeru, dapatlah dinamakan cerpen pemikiran; ada nilai perjuangan integriti, sinisme terhadap para pemain politik Melayu, Islam, bahasa dan bangsa Melayu yang tidak dihidangkan dengan luapan perasaan romantis dan bernada melankolik.





Rujukan



Ahkarim. (2009). Mou Sumi: Kumpulan cerpen siber. Kuala Lumpur: Esastera Enterprise.

AzmiRahman. ‘Dimensi estetik sajak siber.’ Dalam http://azmirahman.esasterawan.net

AzmiRahman. ‘Merungkai dan mengaplikasi sebuah teori sastera Melayu mandiri: Teori SPB4L.’ Dalam http://azmirahman.esasterawan.net.

de Bono, E. (1997). de Bono’s thinking course revised. London: BBC Book.

de Bono, E. (1973). CoRT thinking. Pergamon Press.

Gove, P.B. (1986). Webster’s third new international dictionary of the English language unabridged. Springfield, Massachusetts: Merriam-Webster Inc.,

http://esastera.net

http://azmirahman.esasterawan.net

Hassan Ahmad. (2006). Ke arah kelahiran Melayu glokal: Memperkasa bangsa melalui kekuatan dalaman. Shah Alam: Alaf 21 Sendirian Berhad.

Kamus dewan edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2005). Teori & kritikan sastera Malaysia & Singapura. Singapura: Penerbit Pustaka Karya.

Mohd. Yusof Hasan. (1994). Pemikiran saintifik (SP4L). Sintok: Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik, Universiti Utara Malaysia.

Mohd. Yusof Hasan. (2000). Pemikiran saintifik SPB4L. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Mohd. Yusof Hasan, Mohamad Azmi Ab. Rahman, Ghazali Hamid & Syd. Abdul Rahman Syd. Zin. (2001). Pengantar pemikiran. Sintok: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia.

Mohamad Mokhtar Hassan. (2005). Teori konseptual-kata kunci. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohamad Azmi Ab. Rahman. (2004). Kesusasteraan Melayu: Dimensi bahasa dan pemikiran. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Mohd. Tajuddin Hj. Abdul Rahman & Rahman Shaari. (1997). Teman peribahasa untuk KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd. Tajuddin Hj. Abd. Rahman. (2006). Kamus peribahasa. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd. Yusof Hussain. (2003). Teori-teori komunikasi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sastera.Net edisi 8.



Doa Ketika Ditimpa Musibah..

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا. Innaa lillahi wa innaa ilaihi rooji’uun, Allohumma ujurnii fii mushiibatii wa akhliflii khoiron minhaa “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (di hari Kiamat).

Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku).”[5]




SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (al-Baqarah:156)

Keterangan Ayat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar
umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar
mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut
untuk membaca doa tersebut di atas.

Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di
atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini
bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara
yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Ayat di atas disebut ketika:
* Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan
* Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
* Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.




Isnin, 25 Oktober 2010

bosan

telah ku berkan semua
agar ko gembira sentiasa
engkau tetap pergi
pergi meninggalkan daku
meninggalkandaku..meningkalkan ku sendiri..

senyumman manis dibawa angin
kutunggu kau terasa dingin
engkau tetap pergi
pergi meninggalkan daku sendiri...


Sabtu, 23 Oktober 2010

Maya...

Terlebih dahulu sekalung terima kasih buat dr yang mengajar saya subjek ini..buat pengetahuan dr, saya dapat belajar sesuatu yang baru daripada subjek ini. banyak benda baru yang saya perolehi, daripada tak tahu bagaimana nak buat kelendar akhirnya berjaya menyiapkan juga. daripada tidak tahu membina laman web siap juga akhrnya..daripada kls dr juga saya mula belajar buat kerja dengan banyak tanpa tangguh-tangguh. mana tidaknya setiap kali kls dr..100 pantun perlu disiapkan dalam masa 2 jam..time 2 rasa nk menangis pn ada..tapi bila pikir balik best 2..blum pnh lagi sepanjang saya belajar di upm..kne wk kje mcm n..kls dr lh banyak menyajar saya manage time..tq dr..

kalau ada sumur diladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.



sabtu - ahad

finishing school....best, tapi masalah bagi aku(tak pandai sangat bi) rugi bagiku tak belaja btl2 bi time sekolahd lu...pada anda smua jom blaja bi ng aku...hehehehe

Sabtu, 9 Oktober 2010

Kisah professor dengan si pengayuh sampan

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.
“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

Ahad, 19 September 2010

bicara rindu

teman...
kerinduan tidak pernah menipu
kasih tidak pernah padam
ingatan tidak pernah jua berbohong
kau sinaran di dalam kegelapan

teman
suatu ketika
aku menyesali takdir
mengapa engkau di bawa pergi
jauh dariku terpisah alam
bukan sesuatu yang mudah
mencari redha di dalam hati
melepaskan kau pergi

teman
namun aku insan kerdil
berdosa kiranya aku menyalahi takdir...
kerana kuasa ilahi tiada insan berhak mempertikainya
setiap kejadian dan perancangannya
pasti bersebab
pada tuhanku yang qalam
kumohon berjuta keampunan
kerana pernah merintih sayu
bukan niat menyalahi takdir
kerana aku insan kerdil
mohon keampunan dan pengertianmu
moga taman hati ini
disinari nur dan kekuatan iman khas untukmu yang satu



rindu semakin jauh



Selasa, 31 Ogos 2010

Because RM20

“SEMUANYA RM 35 cik.”kata gadis penjaga kaunter yang mempunyai wajah yang manis itu.Zaira mengeluarkan beg duitnya. ‘Kenapa duit aku boleh jadi banyak ni je ?’rungut Zaira di dalam hati.Zaira mula menggelabah.Duitnya tah cukup !! Zaira menyelongkar begnya mencari mungkin ada duit yang terselit dimana-mana. ‘Mati aku , mana aku nak cari duit ni ?’gomel zaira lagi.
“Cik , boleh cepat sikit tak ?” soal seorang lelaki yang beratur di belakangnya.
“ maaf , sekejap ye…”kata Zaira yang masih menyelongkar begnya.
“..nah…”lelaki tadi menghulurkan RM 20 .Zaira kebingungan dengan tindakan lelaki itu.
“tak cukup lagi dua puluh ringgitkan ? , nah ambil duit ni , bayar”
“tak payahlah..”Zaira cuba menolak duit itu.
“tak payahlah awak selongkar beg tu.Dah tentunya tak ada duit kat dalam tu!Orang kat belakang tu dah berderet beratur.Ambil duit ni , bayar cepat .”gomel lelaki itu.Zaira sedikit terkesan dengan kata-kata lelaki itu. ‘mulut tak ada insurans ke ? cakap ikut sedap aje ! mana dia tahu dalam beg ni tak ada duit ?’Zaira merungut didalam hati.Zaira melihat ke belakang , memang benar orang sudah ramai beratur.Dalam keadaan terpaksa , Zaira terpaksa mengambil wang yang dihulurkan oleh lelaki itu.Selesai membayar , Zaira menunggu lelaki itu di tepi berhampiran kaunter.
“Terima kasih!!” ucap Zaira yang sedikit kasar.
“sama-sama , ucap macam tak ikhlas je?”
“habis tu awak nak saya cakap macam mana ? macam ni ? terima kasih ye saudara…”?
“ha..macam tulah , baru macam perempuan”kata lelaki itu selamba.
“Saya Shahril”Shahril memperkenalkan diri.Zaira hanya mendiamkan diri.Tak terasa dihatinya untuk berkenalan dengan Shahril.
“bagi saya nombor awak”selamba Shahril meminta nombor telefon Zaira.
“nak buat apa??!!”berkerut dahi zaira apabila Shahril meminta nombor telefonnya.
“habistu awak nak bayar balik RM 20 tu macam mana?”
“tak boleh , saya tak boleh bagi nombor phone saya kat orang yang saya tak kenal.”Zaira enggan memberikan nombor telefonnya.Dia sudah serik.Akibat suka memberi nombor telefon kepada orang yang dia tak kenal , dia sering diganggu.Sudah dua kali dia menukar nombor telefon.
“ok…kalau tak nak bagi , pandai-pandailah awak cari saya kat Campus tu nanti ek . ok..saya ada hal lain , bye..”Shahril terus meninggalkan Zaira di situ. ‘kat kampus? Macam mana pulak aku nak cari dia kat situ??”Zaira merungut lagi.





SEJAK dari pagi tadi sehingga sekarang Zaira rasa tak sedap hati.Dia berasa seakan dia telah terlupa sesuatu yang sepatutnya dia ingat.Runsing dia cuba untuk mengingat perkara itu sejak pagi lagi.Tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggilnya.
“Nur Zaira Asyikin Binti Abdul Wahab !!!”Zaira tersentak dengan panggilan itu. ‘huih,,,siapa pulak panggil aku macam tu , siap dengan nama penuh sekali , belum pernah lagi orang panggil aku macam tu’ getus hati Zaira.Zaira menoleh kebelakang.Shahril!!! Serta merta perkara ‘penting’ yang dia dah lupa itu muncul dalam ingatan.Shahril menghulurkan tangannya sambil mengangkat kening.Serta merta Zaira buat muka kasihan , muka sekupang , muka tak bersalah dan macam-macam muka lagilah.
“Shahril….sorry , saya terlupa langsung pasal duit tu…”kata Zaira lembut.
“lupa ?”
“a’ah , lupa sorry ek ? esok saya bayar.”Zaira merayu.
“lupa atau sengaja tak nak bayar?”sindir Shahril.Pantas Zaira dapat menangkap kata-kata Shahril itu.Panas telinganya. ‘sah mulut dia ni tak pernah masuk lembaga penapisan filem’getus hati Zaira.
“ hei…muluuut…!! saya tak mintak pun awak bagi duit tu!!”bentak zaira.Shahril hanya tersenyum dan meninggalkan Zaira kebingingan di situ sekali lagi.

“hei…Zai , siapa tu?”soal Syima , rakan sebilik Zaira yang kebetulan berada disitu.
“Panas aku dengan mamat ni!!!!”ujar Zaira yang terus beredar ke asrama.Syima mengekorinya.
“Siapa dia tu ? apasal kau marah sangat kat dia?”Soal Syima bertalu-talu.
“panjang ceritanya…”
“pendekanlah..”Zaira terus duduk di bangku yang disedikan pihak universiti sepanjang perjalanan ke asrama.
“Sabtu lepas , aku beli barang kat Tesco”
“dah tu..?”
“ tiba-tiba entah macam mana duit aku tak cukup , aku pun menggelabahlah , mana aku nak cari duit masa tu”
“ lepas tu?”soal Syima lagi.
“lepas tu muncullah mamat tu yang bermurah hati nak pinjamkan duit.Akupun ambil ajelah , dah terdesak”
“habis tu apa yang kau marahkan dia , patutnya kau berterima kasih tau”ujar Syima.
“mulut dia tu tak ada insurans tau , laser mengalahkan perempuan”Zaira melepaskan geramnya.Serta merta Syima ketawa.
“yang kau ketawa apasal? Aku tengah bengang ni!!”
“ tak ada apa , lucu cerita kau ni.Nasiblah Zai , kau berhutang dengan orang macam tu…” ujar Syima dalam tawa yang masih tersisa.







ZAIRA duduk termenung sendirian di bangku berhampiran bangunan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sambil menunggu Syima. ‘Shahril…..Shahril…..boleh tahan jugak mamat tu.Muka boleh kata ‘cute’ jugak.Perangai pun tak lah teruk sangat.Cuma mulut dia aje yang tak pernah pergi sekolah.’
“hoi…!!!”sergah Syima.
“huih engkau , bagi salam dulu lain kali , terkejut aku!!”bentak Zaira.
“kau tengah berangan apa tu?”
“tak ada apa.”dalih Zaira.
“Zaira..!!!!”kedengaran satu suara dari belakang.Zaira dan Syima menoleh kebelakang.
“astaghfirullah al-azim….”Zaira beristighfar sebaik melihat Shahril yang datang menghampirinya. ‘tadi aku boleh berangankan dia , macam mana aku boleh langsung tak teringat hutang aku kat dia’keluh Zaira di dalam hati.
“Zaira ! kau tak bayar hutang dia lagi ?!”soal Syima.Zaira mengangguk.
“Zaira , dah dekat sebulan tau!!”tegas Syima.
“aku lupa….”ujar Zaira sambil membuat muka tak bersalah.
“…macam mana..??”soal Shahril sebaik sampai ketempat Zaira.
“..Sorry Shahril , saya terlupa lagi…”ujar Zaira.Shahril tersenyum mendengar kata-kata itu.Terserlah dua lesung pipit di pipinya.
“ok….”kata Shahril ringkas dan terus meninggalkan Zaira.
“hei…Shahril , kejap”laung Zaira.Shahril meberhentikan langkah dan menoleh kebelakang.Zaira bangun dan menghampiri Shahril.Zaira menghulurkan wang sepuluh ringgit.Shahril mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.
“saya bayar separuh dulu….”ujar Zaira.Air muka Shahril terus berubah .Dia memandang sepi wang itu.
“tak apalah , awak simpan aje duit tu.Saya tak suka kalau orang bayar hutang saya ansur-ansur”ujar Shahril riak dan terus pergi. ‘kurang ajar betul , bersyukurlah aku nak bayar walau separuhpun , kalau aku tak nak bayar baru tahu!!!’bentak Zaira di dalam hati.Zaira kembali ke kerusi tadi dan duduk.
“dia tak nak??!”soal Syima.Zaira menangguk.
“kau tak rasa pelik ke?”duga Syima.
“pelik ?”
“ha…pelik.Kenapa dia tak marah langsung sedangkan kau tak bayar RM20 dia tu dah dekat sebulan.kalau aku , dah lama dah aku belasah orang yang pinjam duit tu.tiap kali tuntut hutang alasan tak ada lain ,lupa , lupa .lupa”
“kau ni perli aku ke ?!”
“tak…tak..tak…aku cakap kalau aku..”
“aku pun ada jugak rasa pelik….tapi biarlah dia.”
“kau tak rasake yang Shahril memang sengaja dan suka kalau kau bayar hutang itu lambat-lambat”ujar Syima.
“maksud kau?”Zaira keliru.
“maksud aku mungkin dia lebih suka kau bayar hutang tu lambat-lambat supaya dia boleh jumpa kau hari-hari”
“maksud kau ??”Zaira masih tidak mengerti.
“maksud aku…..,entah-entah dia suka pada kau tak ?”duga Syima.
“hesh…kau ni , merepek….dahlah…”bentak Zaira dan terus meninggalkan Syima.









“SHAHRIL…!!!”laung Zaira sebaik ternampak Shahrl di kafetaria.Shahril menoleh dan menghampiri Zaira dengan senyuman yang sentiasa menghiasi bibirnya.
“ada apa?”
“nah…”Zaira menghulurkan wang berjumlah RM 20.Serta merta air muka Shahril berubah.Senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya hilang serta merta.Zaira menyedari perubahan itu dan turut kehairanan.
“ambillah….”ujar Zaira.Shahril mengambil wang tersebut yang seakan dalam keadaan terpaksa.
“mulai sekarang , hutang saya pada awak dah selesai , jadi tak perlulah awak susah-susah nak munculkan diri kat depan saya lagi ek….assalamualikum”sempat Zaira memberi salm sebelum berlalu pergi. Sebaik Zaira melangkah meninggalkan Shahril , dia merasa seakan ada sesuatu yang diberikan sekali bersama duit itu.Zaira tidak menghiraukannya , dia terus berlalu meninggalkan Shahril yang masih tegak berdiri di situ.





ZAIRA memanjangkan lehernya melihat kekiri dan ke kanan seakan mencari seseorang.
“kau cari siapa?”soal Syima yang rimas melihat Zaira begitu dari tadi.
“tak…tak ada sesiapa”jawab Zaira ringkas namun dia masih berkelaluan seperti itu.
“apa yang kau cari sebenarnya? Cuba bagi tahu aku!!!”bentak Syima.
“aku….aku….cari Shahril…”
“Shahril..?! hai,kenapa rindu ke pulak?”duga Syima.
“hish , kau ni , merepeklah , buat apa pulak aku nak rindu kat dia?”
“dah tu yang kau sibuk cari dia kenapa?”soal Syima kembali.
“tak ada lah , selalunya time macam ni dia selalu muncul depan aku”dalih Zaira.
“kau yang kata kau menyampah tengok muka dia , bila dia tak tunjuk kan muka depan kau kau ‘pening’ pulak”
“entahlah….sejak akhir-akhir ni aku rasa hilang sesuatu”luah Zaira.
“aku rasa betul apa apa kata orang…”
“apa dia..?”Zaira ingin tahu.
“kita baru sedar kita cintakan seseorang masa kita dah kehilangannya”Zaira terkedu mendengar kata-kata Syima itu . ‘Cinta ?’




SEPANJANG perjalanan pulang dari kampus , Zaira masih memikirkan kata-kata Syima tempoh hari. ‘Cinta? , aku jatuh cinta ? , dengan Shahril? ’Zaira menyoal dirinya sendiri.Tiba-tiba Zaira ternampak seseorang melintas dihadapannya.Shahril!!.
“Shahril!!”Zaira memanggil lelaki itu , tetapi lelaki itu tidak mendengar.Zaira mengejar lelaki itu dan menepuk bahunya.
“ya…boleh saya bantu?”kata lelaki itu sebaik menoleh.
“ma..maaf … salah orang”dalih Zaira.Dia mula termangu. ‘apa dah jadi dengan aku ni? , kenapa aku boleh nampak lelak itu macam Shahril?’Zaira menyoal dirinya lagi.Zaira yang masih keliru dengan apa yang dialaminya , melajukan langkah pulang ke asrama.Tak elok rasanya dia terus di situ.Nanti tak pasal-pasal , pak cik tukang kebun itu pun dia boleh nampak macam Shahril.



“ZAIRA !!! , Assalamualaikum…..”kedengaran seseorang memanggil Zaira di luar.Zaira yang masih mamai kerana baru bangun dari tidur bergerak ke pintu biliknya , lalu membuka pintu.
“Shahril!!”Zaira terkejut.
“hoi…mengigau ye!!!muka bukan main ayu macam aku ni kau kata Shahril.Ada macam muka lelaki ke aku ni?”ujar Ain yang sebenarnya memanggil Zaira tadi.Ain adalah rakannya yang menginap di bilik sebelah.
“sorry….”
“siapa pulak Shahril tu?”soal Ain.
“tak ada sesiapa….”dalih Zaira.
“apa-apalah , nah…ada bungkusan untuk kau”Ain menghulurkan sebuah bungkusan.
“siapa bagi?”Soal Zaira sambil menyambut bungkusan yang dihulurkan oleh Ain itu.
“tak tahu , Puan Halimah yang bagi aku tadi.Dari ‘Shahril’ kot”usik Ain
“terima kasih”
“sama-sama , oklah , aku pergi dulu ek.”Ain meminta diri.Zaira kembali menutup pintu dan duduk di birai katil.Zaira membelek Kotak itu.tiada apa-apa petunjuk yang menunjukan kotak itu dari siapa.Yang ada hanya namanya yang ditulis dengan tulisan tangan .Zaira membuka kotak itu perlahan-lahan.Terdapat sebuah bingkai gambar didalamnya.Di dalam bingkai bercorak hati berwarna merah dan perak itu diletakan dua helai wang sepuluh ringgit.Zaira megerutkan dahi melihat bingkai gambar itu.Zaira membelek lagi kotak tersebut dan dia mendapati terdapat sepucuk surat di dalamnya.Zaira mengambil surat itu dan membacanya.




Kehadapan saudari , Nur Zaira Asyikin binti Abdul Wahab,
Assalamualikum,
Apa Khabar sihat ke?
Untuk pengetahuan saudari,disaat saudari membaca surat ini , saya sudah tidak lagi menuntut di UM.Hari terakhir saya berada disana adalah semasa saudari menjelaskan hutang RM20 tempoh hari.
Minggu hadapan saya akan berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran saya di sana..
Mungkin saudari merasa saya ini sedikit keterlaluan kerana mengirim surat ini kepada saudari . Tetapi , saya merasakan saya patut meluahkan isi hati saya ini sebelum saya berangkat ke Jepun.Sebenarnya saya telah lama memerhatikan cik Zaira dari jauh.Terus terang saya mengatakan bahawa saya telah jatuh cinta pada saudari sejak pertama kali saya melihat saudari pada hari pendaftaran dulu.
Saya sebenarnya lebih suka kalau saudari tidak menjelaskan hutang tersebut supaya saya boleh bertemu dengan saudari setiap hari.
Oleh itu saya memulangkan semula duit yang telah saudari pulangkan kepada saya tempoh hari.Itu bermakna saudari masih berhutang dengan saya dan saya boleh berjumpa dengan saudari lagi untuk menuntut hutang itu selepas saya pulang dari Jepun nanti.Tujuan sebenar saya menulis warkah ini adalah semata-mata untuk meluahkan perasaan saya.Tidak sekali-kali terniat dihati saya untuk memaksa saudari menerima cinta saya.Saya sedar bahawa mencintai tidak semestinya harus memiliki.Cukuplah sekadar saudari mengetahui perasaan saya pada saudari.
Terus terang saya mengatakan bahawa saya bersyukur saudari tidak cukup duit tempoh hari.
Disebabkan hutang RM 20 saudari pada sayalah saya dapat bertemu dengan saudari setiap hari.
Sampai sini sajalah warkah saya ini.Semoga kita dikurniakan jodoh dan kita dapat bertemu lagi.
Assalamualaikum.


Yang ikhlas mencintaimu,
Shahril.
(Muhd Shahril Anuar bin Yaakob)




Zaira tersenyum membaca surat itu , kini dia tahu apa benda yang dia telah beri sekali pada Shahril disaat dia memulangkan wang Shahril itu.Benda tersebut adalah ‘Hatinya.’




mencaruk

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu mai dgn
niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabaq-mencabaq.
Tok imam tu cabaq si mangkuk 3 ekoq tu pi surau waktu Maghrib sat lg.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ka? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pi lah malaun 3 ekoq tu kat surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah teruih ja Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. (mengong, ahahaha)

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun
x khusyuk jgk lg..

Masuk ja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tokduduk kat belakang, biaq saya jadi imam na."
Tok imam pun undoq la pi belakang.

Budin pun angkat la takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 si Budin
ni pusing kot belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jaa tokkkk!!" (lagi sekoq mengong, hahaha)

Lalu batailah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil gelak terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko pi jadi imam. Si Ciko pun teruih pi
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai la habis
sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji la si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknya si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang tau. He heee..."
Tok imam pun terkedu..
wakhahaha..


Isnin, 30 Ogos 2010

Tiga Dol

Di sebuah kampung iaitu di Kampung Sindumin ada tiga orang sahabat yang amat
akrab.Nama mereka bertiga juga sama iaitu Dol.Orang-orang kampung menamakan
mereka Dol 1, Dol 2 dan Dol 3 untuk menyenangkan memanggil mereka.Kalau tak panggil saja Dol ketiga-tiga mereka akan menoleh disebabkan mereka bertiga sentiasa bersama.Mereka berkawan semenjak kecil lagi.

Dol 1 adalah anak orang kaya di kampung Sindumin.Kedua-dua orang tuanya amat menyayangi beliau lebih-lebih lagi ia anak tunggal.Apa sahaja yang diminta pasti akan ditunaikan oleh ayah dan ibunya.Pakaian Dol1 juga cantik-cantik belaka.Apa sahaja yang Dol 1 nak makan mintak jer,pasti ada.

Dol 2 telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.Isteri Dol 2 teramatlah cantiknya,kulitnya teramatlah putihnya lagi halus mulus.Setiap lelaki yang terpandang pasti akan terpikat.Anak Dol 2 pula teramatlah comelnya.

Dol 3 pula seorang yatim piatu.Kedua orang tuanya telah meninggal dunia ketika Dol 3 berumur 13 tahun.Dia tiada siapa-siapa,cuma yang dia ada dua orang sahabat iaitu Dol 1 dan Dol 2.Kedua orang tua tiada meninggalkan apa-apa harta Cuma sebuah pondok buruk yang dah nak roboh.kehidupan Dol 3 teramatlah daifnya.Pakaian yang dipakainya pun pakaian yang diberikan oleh kedua orang sahabatnya itu.

Walaupun Dol 3 seorang yang teramat miskin tetapi Dol 1 dan Dol 2 tidak kisah tetap juga berkawan dengan Dol 3.Disebabkan kebaikan kedua orang kawannya itu membuatkan Dol 3 tidak mahu berkawan dengan orang lain sehinggakan ia tidak kenal orang lain di kampungnya.

Satu hari Dol 1 mencadangkan agar mereka pergi mengembara,tanpa berfikir lagi Dol 2 dan Dol 3 setuju.Baliklah mereka ke rumah masing-masing.Dol 1 minta izin daripada kedua orang tuanya terlebih dahulu.Ayah dan ibu Dol 1 mengizinkanya pergi mengembara.Dol 2 juga memberitahu isterinya yang mereka bertiga akan pergi mengembara.Isteri Dol 2 juga tidak membantah.Dol 3 memang tak ada masalah,sebab dia tiada siapa-siapa.Cuma yang dia ada hanya dua orang sahabatnya itu sahaja.

Esuknya selepas subuh mereka memulakan pengembaraan denga penuh semangat.Masuk hutan keluar hutan, masuk kampung keluar kampung.Begitulah jauhnya perjalanan mereka setelah berhari-hari mereka keluar dari kampung Sindumin.

Mereka bertiga meneruskan lagi perjalanan sehinggalah mereka tersesat ke sebuah gurun yang amat luas.Mereka teruskan juga perjalanan dalam keadaan cuaca yang amat panas.Bekalan mereka sudah hampir habis,lebih-lebih lagi Dol 3 kuat makan dan minum.Mereka terus berjalan dan berjalan sehinggalah tidak terdaya lagi nak melangkah.Dalam keadaan tiarap di atas pasir ditambah dengan panas terik matahari,bekalan pun dah habis.Terbayang oleh Dol 1 wajah kedua orang tuanya yang amat menyayanginya begitu juga Dol 2 terbayang olehnya isteri dan anaknya.Dol 3 selambe jer,pasal tiada siapa-siapa nak dikenangkan.

Tiba-tiba Dol 1 terpegang suatu benda didalam pasir,maka tanpa berlengah lagi dikeluarkan olehnya benda tu.Benda tu adalah sebiji teko tembaga.Berkatalah Dol 2 “mari kita gosok teko ni,mana tau ada jin didalamnya”.Dol 1 dan Dol 3 setuju dengan cadangan Dol 2.Apa lagi mereka pun menggosok teko tersebut.Belum lama mereka mengosok teko itu tiba-tiba keluar asap dari teko tembaga itu dan asap itu bertukar menjadi jin yang amat besar lagi hodoh.Alangkah terkejut dan takutnya mereka bertiga melihat jin yang keluar daripada teko itu.

Tiba-tiba Jin itu bersuara “wahai anak muda jangan takut,mintalah tiga permintaan.Akan hamba tunaikan permintaan kalian itu,tapi ingat cuma tiga permintaan yang akan hamba tunaikan!.”

Apa lagi Dol 2 dan Dol 3 pun arahkan Dol 1 buat permitaan sebab dia yang jumpa dulu teko tembaga tu.Walaupun dalam keadaan ketakutan Dol 1 buat juga permintaan.Dol 1 meminta supaya dia dihantar balik kepangkuan kedua orang tuanya.Dengan sekelip mata Dol 1 sudah berada didepan ayah dan ibunya,alangkah gembiranya dia.

Melihat sahabatnya Dol 1 hilang dengan sekelip mata,Dol 2 tidak membuang masa lagi terus saja meminta supaya ia dipulangkan kepada anak dan isterinya.Dengan sekelip mata Dol 2 berada dihadapan anak dan isterinya.Alangkah gembiranya Dol 2 tidak terhingga,dia merasakan tamatlah sudah penderitaanya.

Tiba giliran Dol 3 untuk membuat permintaan.Lama dia berfikir,dia sedih kerana kedu-dua sahabatnya sudah tidak berada disisinya.Maka si Dol 3 pun membuat permintaan.

“Wahai jin berbadan besar lagi sangat hodoh,oleh kerana hamba tiada siapa-siapa di dunia ini selain daripada dua sahabat hamba itu oleh itu engkau kembalikan lah semula kedua sahabat hamba itu kesini.”Dengan sekelip mata sahaja Dol 1 dan Dol 2 berada kembali didepan mata Dol 3.

Alangkah gembirnya Dol 3 dengan adanya Dol 1 dan Dol 2 berada disisinya.Tetapi sebaliknya pula bagi Dol 1 dan Dol 2,mereka marah yang teramat sangat kepada Dol 3.Mana tak marah,Dol 1 belum sempat makanan yang disediakan oleh ibunya dan Dol 2 belum sempat melepas rindu kepada anak dan isterinya.

Adapun yang empunya cerita Dol 1 dan Dol 2 masih terus mengejar Dol 3 sambil membawa teko tembaga nak ketuk kepala Dol 3.Hingga sekarang pun mereka masih kejar mengejar…

lawak sarjana

“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”

Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..

“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, mel! intaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..

“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…

“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya! ?” tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”


TEKA-TEKI dan JAWAPAN

1)rumah apekah yg sentiasa terbakar?
Rumah api

2) Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
pinguin

3)musim apekah yg orang jepun paling suka?
Musim bunga

4)time bilakah org lelaki akan akan berjaga malam?
Time piala dunia

5)bunga apekah yg perlu dibuat?
Bunga telur
1)Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang penggali kubur

2)buah apekah yg memakai mahkota?
Buah manggis

3)hati apekah yg sangat keras?
Hati batu

4)burung apekah yg sering keluar malam?
Burung hantu

5)hantu apekah yg tidak mempnyai kepala?
Hantu pocong
1)ramput apakah yg yg tidak boleh dipotong?
Rambut pontianak

2)Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

3)haiwan apekah yg berpinggan ramping?
kerengga

4)Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
pencuri

5)nasi apekah yg ayam paling marah bila mendengarnyya?
Nasi ayam

1)hujan ape yg sangat keras?
Hujan batu

2)dalam banyak2 hari, hari ape yg paling best?
Hari cuti

3)dalam banyak2 beras, bersa ape yg berwarna hitam?
Beras terbakar

3)batu ape yg berwarna putih?
Pulau batu putih

4)buah apekah yg berbulu?
Buah rambutan

5)tahi apekah yg boleh dimakan?
Tahi minyak
1)Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Kedua-duanya tidak ada persamaan

2)Bila siang muncul, bila malam menghilang?
matahari

3)Tempat yg digunakan utk menyimpan wang?
Bank

4)Dalam banyak-banyak buah, puah apa yg perlu dimasak
Bahulu

5)Dalam banyak-banyak udang udang ape yg sengang mengait buah
Udang galah

1)Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
Orang yang sedang panjat tiang telepon

2)Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Rumah terbakar

3)Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

4)Apa yang mahal pada BMW
Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu...

5)Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'





Lamunan..

Dalam sedar aku terjaga
dibuai oleh mimpi semesta
ingin hidup seribu tahun
mencari erti nikmat abadi

Dalam termenung aku tersentap
bahawa itu adalah mimpi
mimpi manis kenangan semalam
bagai bunga diwaktu pagi

Dalam tertidur aku terjaga
hidup ini memang beerti
jika tahu kelebihan diri
jika tahu kelemahan diri

Dalam hujan mesti ada panasnya
dalam pahit ada manisnya
dalam suka ada dukanya
dalam lemah ada kuatnya


Sabtu, 28 Ogos 2010

rindu semalam..

"Sabarlah Kak, esok-esok baliklah si Lan tu.� Mak Nah menenangkan keadaan. Air mata Mak Su makin menjadi-jadi . Semakin deras air mata Mak Su apabila Mak Nah memeluknya secara tiba-tiba. Suasana pada petang itu sungguh menghayat hati. Mak Nah melepaskan pelukan apabila melihat Mak Su dapat mengawal keadaannya. �Aku rindu sangat nak jumpa anak aku.�Mak Su bersuara. �Rasanya lima tahun anak awak tu tak jengok kampung ni.�Mak Nah membuat perhitungan.� Bukan enam tahun, tapi dah lapan tahun!�Mak Su meninggikan suara. Serentak dengan itu, air matanya kembali berjuraian. Mak Nah terperanjat apabila mendengar tengkingan Mak Su.Mak Nah kembali memujuk Mak Su supaya bersabar.Suasana petang itu merangkak sedikit demi sedikit untuk mengundang malam. Jam di dinding rumahnya berdetik sebanyak tujuh kali.Zainal baru sahaja pulang dari sekolahnya.Muka Zainal terus berkerut melihat Mak Nak ada di serambi rumah. � Kau baru balik Nal?� Mak Nah menyapa. �Ya Mak Nah, ada latihan sukan tadi, itu yang lambat balik .Zainal menerangkan kepada Mak Su. �Kenapa dengan ibu Mak Nah?�Zainal bertanya. �Dia rindukan abang kau.� Mak Nah memberi penjelasan. Zainal terus tersentak. Selama ini memanglah ibu rindukan anak sulungnya itu, tapi tidaklah sehingga menangis macam petang ini. Bermacam-macam persoalan bersarang di dalam otak kepalanya. �Ibu, kita masuk ya, haripun dah semakin gelap. Kejap lagi nak masuk waktu Maghrib.� Zainal memujuk dengan penuh kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. � Eloklah kalau macam itu, Mak Nah balik dululah.�Mak Nah memohon izin untuk pulang. Selepas Zainal mengucapkan terima kasih , Mak Nah terus meninggal mereka dua beranak dengan perasaan yang sedih dan hiba.

Azan Magrib berkumandang dari masjid Al- Falah. Masjid yang terletak kita-kira seratus meter dari rumah itu selalunya dipenuhi orang ramai terutamanya waktu solat Maghrib.Zainal terus mencapai kopiah pemberian arwah ayahnya itu dipakai kemas di kepalanya. �Nal pergi masjid ya ibu.� Nada Zainal seumpama separuh menjerit. �Ibu makan dulu, Nal nak ikut ceramah lepas solat nanti.�Mak Su hanya mengia sahaja dari dapur. Mak Su masih lagi berdiri di jendela dapurnya sambil melihat Zainal berjalan ke masjid.Mata Mak Su bengkak dan merah kerana terlalu banyak menangis petang tadi.Azan Maghrib berkumandang dan Mak Su tersentak daripada lamunannya.Mak Su terus mengambil wuduk dan bersolat. Hari ini Mak Su hanya bersolat di rumah . Tidak seperti hari- hari yang lain. Mungkin di sebabkan peristiwa petang tadi membuat hati Mak Su asyik tidak tentu arah untuk ke masjid. Selesai bersolat, Mak Su berdoa panjang. Doanya kali ini tidak seperti doa-doa sebelumnya. Sepanjang Mak Su mengangkat tangan untuk berdoa , seraya itulah air matanya tidak kering menitis.

� Assalamualaikum.�Zainal memberi salam dan terus ke kamar ibunya. Ketika itu Mak Su terbaring di atas katil sambil memeluk gambar anak sulungnya,Azlan. Zainal hanya memggelengkan kepala. Bahu Mak Su di goyang beberapa kali dan terus tersedar. � Eh kau Nal. Bila balik dari masjid.� Mak Su bertanya. � Baru ibu.tadi ramai jiran �jiran kita tanya tentang ibu. Mereka nak datang esok pagi sebab Nal kata ibu tak sihat.� Jelas Zainal panjang lebar.Mak Su menepuk peha Zainal sambil berkerut. � Ibu sihatlah, ibu tak apa-apa. Sudahlah pergi makan ,ibu dah sendukkan lauk di dapur.� � Ibu dah makan ? Tanya Zainal. � Dah , dengan kakak kau tadi.� Jawab Mak Su ringkas. Setibanya di dapur Zainal terus membuka tudung saji dan menyenduk nasi kepinggan.Hanis baru keluar dari bilik mandi terus di sapa oleh Zainal. � Kakak tak OT hari ini.� �Tak dik, kakak nak rehat hari ini. Adik makan lah dulu, kakak nak salin pakaian.� Selesai sahaja menjamu selera, Zainal terus ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Ketika itu Mak Su sudah berada di ruang tamu.Mak Su masih mengelamun dan tangannya masih erat memegang gambar anak kesayangannya, Azlan. �Sudahlah ibu, jangan diikutkan hati nanti sakit pula.�Zainal mengeluh. Televisyen terus dihidupkan.Mata Mak Su bergenang tiba-tiba. Mak Su terus menangis terhenjut �henjut dan mengejutkan Hanis dibiliknya. �kenapa ibu?� Hanis inginkan kepastian. �Ibu rindukan abang.� Zainal menghurai pendek sahaja.Hanis terus memeluk ibunya dan turut sama �sama menangis. Keadaan menjadi kalut seketika.Mak Su bertambah- tambahlah kuat tangisannya. Tiba-tiba Zainal terlintas untuk menelefon rumah abangnya di Kuala Lumpur.

�Maaf ya adik Zainal, tuan Azlan enggak ada di rumah. Kabarnya ke Jepang, Ada urusan kantor di sana.� Ujar pembantu rumah abang Azlan.Zainal terus mengeluh. � Bila dia pulang?� �Enggak tau deh, kabarnya tiga hari Tuan Azlan di sana.� Jawab pembantu rumah Indonesia itu. � Isterinya ada?� Zainal bertanya kembali. � Enggak ada, belum pulang dari perjumpaan ibu-ibu.�Pembantu rumah itu berseloroh. � Tak apalah bibik, kabarkan saja saya telefon bila Azlan pulang, Assalamualaikum.� Zainal meletakkan telefon dengan hati yang kecewa. Ibu terus menangis setelah mendengar perbualan Zainal dengan pembantu rumah Azlan tadi. Hanis membawa Mak Su ke biliknya untuk tidur supaya tidak terlalu memikirkan tentang anaknya.



� Sudah lima hari ibu tak selera makan, minumlah air panas tu sikit ibu.� Pujuk Hanis.Mak Su hanya mengikut kata �kata anaknya.�Hanis dengan Nal nak pergi kuala lumpur hari ini, ke pejabat abang Azlan.� Hanis mematahkan kesunyian semasa mereka bersarapan. Mak Su terperanjat, tetapi Mak Su tidak memberikan sebarang jawapan. Keperitan matanya masih belum hilang akibat banyak menangis semenjak minggu lepas.Mak Su hanya menggangguk tanda merestui. Air mata Mak Su tiba- tiba bergenang kembali. Hanis terus membawa ibunya ke bilik. Sementara itu Zainal sudah bersiap-siap dan berpakaian kemas. Hanis mengenakan tudung dan menghias wajahnya dengan ala kadar sahaja.Tetapi kemanisan Hanis terserlah sekali.

Setibanya di pejabat Zainal dan Hanis diminta untuk tunggu di bilik tetamu. �Adik berdua tunggu di sini ya, Encik Azlan ada urusan di tapak projek.Sekejap lagi sampailah.� Ujar Kak Fatihah , seorang petugas di pejabat abangnya. Hanis hanya mengeluh.Beberapa buah majalah perniagaan menghiasi meja tetamu.Hanis membelek- belek majalah itu sambil matanya sesekali merawang ke sekeliling pejabat abangnya. Besar dan moden sekali. Pekerjanya juga agak ramai. Syarikat Mawar Holding itu sungguh mengasikkan mata yang melihatnya.Sepuluh minit kemudian Kak Fatihah masuk ke bilik menunggu sambil membawa dua cawan air panas dan beberapa potong kuih. Setelah mempelawa, Kak Fatihah meninggalkan mereka berdua di bilik menunggu tersebut.Waktu bersilih ganti . Tetapi bayang abang Azlan masih tidak kelihatan. � Kakak , dah hampir dua jam kita di sini. Bayang abang pun tak nampak.� Zainal seumpama hilang sabar. Hanis hanya mendiamkan diri sahaja. Dia masih dapat menahan sabar tidak seperti Zainal. Selepas beberapa minit, Kak Fatihah masuk ke bilik menunggu dan mengatakan bahawa abang Azlan tidak ke pejabat kerana ada urusan di Putrajaya. Darah Zainal tiba- tiba meledak. Hanis menyabarkan Zainal, Zainal reda seketika. � Beginilah , saya tulis surat dan tolong serahkan kepada abang Azlan.� Hanis berkata hampa. Beberapa minit kemudian surah tersebut telah siap di tulis oleh Hanis. Kak Fatihah meminta maaf di atas kesulitan yang Zainal dan Hanis alami. Zainal tidal berkata apa-apa. Tiba-tiba sahaja rasa kebencian meledak dalam jiwa. Hanis dan Zainal keluar daripada pejabat abangnya dengan langkah yang longlai dan tidak bersemangat. Hanis dan Zainal terus pulang kerana risau ibunya tinggal keseorangan di rumah. Azan Asar berkumandang dengan megahnya sebaik sahaja meraka tiba di perkarangan rumah.

Mak Su rupanya sudah duduk di serambi menantikan kepulangan anaknya. Seribu harapan yang di impikan daripada Hanis dan Zainal. �Abang tak ada di pejabat ibu.� Ujar Zainal ringkas . Air mata Mak Su mencurah kembali.Zainal tergamam. Dia seumpama menyesal apabila terus menyampaikan berita tersebut. Hanis terus memeluk Mak Su. Tangisan Mak Su menjadi �jadi. Hanis semakin kuat memeluk ibu kesayangannya. �Sudahlah ibu, dah tak ada peluang kali ini. Esok lusa Nal pergi lagi ya Ibu.� Pujuk Zainal. � Mari kita masuk ibu, malam nanti Hanis cuba telefon rumah abang Azlan� Hanis memujuk ibunya. Hati Mak Su lembut mendengar pujukan tersebut. Hanis membawa ibu ke biliknya dan membiarkan Mak Su melayan perasaan seorang.


�Tuan Azlan, ini ada surat daripada adik tuan.� Pembantu pejabat menghulurkan surat itu kepada Azlan. � Azlan tergamam seketika. �Mereka ke pejabatkah?� Azlan inginkan kepastian. � Ya tuan, minggu lepas mereka datang ke pejabat. Semasa tuan berada di Jepun. Dua orang yang datang.� Azlan terus terbayangkan wajah Zainal dan Hanis serta wajah redup ibunya di kampung. Azlan beristigfar berkali-kali. Pada masa itulah Azlan baru teringatkan ibunya. Apa khabar agaknya ibu. Sihatkah dia.Azlan menghitung jarinya. Fatihah hanya melihat gelagat tuannya dengan perasaan yang penuh pelik sekali. � Kenapa tuan?� Satu soalan terlontar daripada mulut Fatihah. Surat Hanis masih erat di genggaman Azlan. �Apa khabar ibu saya di kampung?� Azlan berbicara. Mata Azlan tiba � tiba sahaja merah. Fatihah tergamam dan terpaku sahaja di depan tuannya.Fatihah hanya membiarkan tuannya melayan perasaannya . Fatihah meminta izin untuk keluar setalah tidak ada apa-apa perkara yang diminta oleh Azlan.



Azlan agak berdebar membuka surat Hanis. Pelbagai persoalan tiba-tiba sahaja bersarang di kotak fikirannya. Mungkin ada perkara mustahak atau perkara yang penting daripada tugasannya di pejabat. Sampul surat yang bergam itu telahpun dibuka dengan alat pengoyak surat yang berbentuk keris yang dibelinya ketika tahun akhir di Universiti Malaya.Lambang UM masih lagi bersinar di hujung pembuka surat itu walaupun sudah hampir 20 tahun lamanya Azlan menyimpannya. Di saat itulah masih segar dalam ingatannya suara arwah ayahnya memarahi ibu kerana hendak menjual tanah kebun untuk membiayai kemasukkan Azlan ke universiti. Akhirnya ibu menggadaikan semua barang kemas yang dimiliki sejak awal perkahwinan ibu dengan ayah. Ibunya juga pernah meminjam wang daripada ketua kampung untuk menambah kekurangan yang masih banyak.Azlan sebak dan menitikkan air mata jantannya.Air mata yang meniris terus dikesatnya denagn segera. Baru sahaja surat itu dibuka suara manis Fatihah daripada interkom berkumandang. � Tuan Azlan , Encik khairul dengan Encik Hafiz dari syarikat perumahan sudah tiba tuan.� �Bagi mereka masuk.� Arahan Azlan ringkas.Surat Hanis diselitkan di dalam fail peribadinya beserta surat- surat pejabat. Air mata dikesat dan Azlan merapikan wajahnya agar dapat menyembunyaikan wajah sebalnya. �Selamat pagi Encik Azlan.� Sapa Encik Hafiz sambil berjabat tangan. Azlan mempersilakan untuk duduk di atas sofa yang berukir daripada pepohon jati. Encik Khairul turut berjabat tangan. �Errr bagaimana Encik Azlan , dengan tawaran syarikat kami.� Encik Khairul memulakan perbincangan.Perbincangan Azlan dengan wakil syarikat perumahan itu berlangsung hampir sejam setengah.Setelah persetujuan dan persefahaman dibuat Azlan membawa wakil syarikat perumahan itu makan di restoran Saloma yang hanya beberapa kilometer dari pejabat.Azlan terus tidak mengingati surat adiknya itu. Surat yang terselit di dalam fail itu hanya mampu berdiam diri dan tidak mampu bersuara. Azlan semakin hari semakin giat menjalankan perniagaannya tanpa menghiraukan ibunya di kampung.


Di waktu yang sama suasana di rumah Mak Su sungguh sunyi. Hanya kedengaran suara kucing yang mahu menagih simpati tuan rumah memberikan sedikit makanan. Hampir seminggu Hanis sudah berhenti kerja kerana menjaga Mak Su. Badan Mak Su semakin kurus dan lemah. Zainal pula sudah seminggu hari ponteng sekolah. Surat amaran sekolah juga telah sampai ke rumah. Surat yang mahukan Mak Su hadir ke sekolah tidak diendahkan. Malah surat itu hanya disimpan oleh Zainal setelah mengambilnya daripada posmen.Sehinggalah pada satu hari guru kelas Zainal datang ke rumah kerana tiada apa �apa tindakan daripada surat yang diutuskan. � Assalamualikum� sahut Puan Norzah.Zainal membalas balik salam tersebut dengan separa terkejut.Zainal sudah mengagak yang Puan Norzah akan datang ke rumahnya.

Zainal tercegat sahaja di daun pintu. Hanis yang melihat gelagat Zainal terus mempelawa Puan Norzah masuk ke dalam rumah. � Ibu kamu ada,� Suara Puan Norzah umpama marah kepada Zainal. � Aaa... ada cikgu, di dalam bilik..... iiibu ....sakit.� Tiba�tiba Zainal gagap. Hati Zainal hanya mampu menunduk sahaja. Hanis terus menjemput Puan Norzah ke bilik apabila melihat reaksi Puan Norzah yang agak terkejut. � Dah berapa lama Mak Su sakit?�Soalan pertama diajukan kepada Mak Su. Puan Norzah Sudah kenal sangan dengan keluarga Mak Su. Dahulu Hanis juga pernah menjadi anak muridnya sewaktu di sekolah menengah. � Ibu rindukan abang� seraya suara sedih dan jijiran air mata keluar daripada mata sayu Hanis. � kamu tak kerja Hanis?. Puan Norzah inginkan kepastian. � Kakak dah seminggu berhenti kerja. Jaga ibu. Saya pun dah seminggu ponteng sebab jaga ibu.� Sayu sekali suara Zainal. Puan Norzah seakan mengerti. .......

Perasaan marah Puan Norzah yang menjadi buah tangan kepada Zainal tiba-tiba umpama tertinggal di rumahnya sahaja. Puan Norzah Hanya dapat memberikan simpati. Perwatakan Zainal juga banyak berubah . Daripada seorang yang ceria dan pintar dahulu dan kini umpama orang yang tiada haluan. � Bersabarlah Mak Su, lambat laung pulanglah anak itu nanti.� Puan Norzah menasihati . Puan Norzah memohon untuk pulang dan menasihati Zainal supaya ke sekolah. �Telefon cikgu kalau perlukan bantuan. Apa yang dapat cikgu tolong, cikgu usahakan.� Puan Norzah bersalaman dengan Mak Su dan meninggalkan keluarga Mak Su dengan hati yang amat hiba.

Sebulan berlalu. Zainal sudah mula ke sekolah . kekadang Zainal ponteng sekolah apabila melihat ibunya tidak sihat. Mak Su semakin kurus dan hanya terlantar di peraduan. Badan Hanis juga semakin kurus. Hanis juga masih tidak bekerja lagi. Namun nasib baiklah ada lapan petak sawah peninggalan arwah ayah yang diupah kepada orang kampung untuk mengusahakannya. Setiap bulan Hanis hanya menerima wang daripada Pak Rahim, salah seorang daripada pengerja sawah itu. Wang itulah yang digunakan untuk kegunaan hariannya.

Malam bertandang lagi. Seperti malam-malam yang biasa.Zainal sedang membaca buku dan Hanis sedang membasuh kain di bilik air. Tiba- tiba Zainal mendengar suara seumpama nafasnya tersekat. Zainal tersentak. Hanis terperanjat apabila namanya di panggil. � Ibu sesak nafas kak!� Zainal cemas.Otak Zainal terus bercelaru dan berkecamuk. Terus wajah Puan Norzah dalam fikirannya. Zainal terus menelefon Puan Norzah agar dapat membawa ibunya ke hospital. Puan Norzah terus ke rumah Mak Su dan melihat keadaan Mak Su sungguh sedih sekali. Zainal memapah ibu ke dalam kereta. Semuanya berjalan dengan pantas sekali. Hanis membawa beberapa helai persalinan ibunya dan terus masuk ke dalam kereta. Puan Norzah terus memecut keretanya ke hospital Kuala Lumpur. Kira-kira setengah jam perjalanan bayang hospital jelas dalam pandangan. Hanis mengurut dada Mak su sepanjang perjalanan. Strecher yang dibawa oleh dua orang jururawat meluru ke kereta Puan Norzah setelah Zainal mendapatkan pertolongan Hospital.Mak Su terus di masukkan ke dalam unit kawalan rapi. Keadaan agak kelam �kabut ketika itu.Hanis tak henti henti menangis. Zainal pula asik mundar-mandir da hadapan bilik kawalan rapi itu.

Zainal menelefon ketua kampung untuk memberitahu yang ibunya masuk ke hospital. Pak Hussin dan isterinya terus bergegas ke hospital setelah menerima berita daripada Zainal.Kira-kira 40 minit berlalu, wajah Ketua kampung, Pak Hussin muncul bersama isteri, Mak Minah. Mak Minah terus mendapatkan Hanis dan Pak Hussin menanyakan perkara yang sebenar kepada Zainal. � Sabarlah Nal, tuhan tu maha agung, maha pengasih.� Pak Husin menyedapkan hati Zainal.Cikgu Norzah juga mententeramkan � Mana abang kamu... si Azlan?� Pak husin meninjau �ninjau sekeliling kawasan hospital. � Kamu tak telefon dia?�. Zainal hanya memasamkan muka . � Jika telefon pun belum tentu ada.� Zainal merungut. �Kau tak cuba belum tahu!� Pak Hussin meninggikan suara. Zainal tidak membantah. Diam menyeluk sakunya untuk mendapatkan syiling dan menelefon abangnya di luar.

� Hello, assalamualaikum, abang Azlan ada?�
�waalaikum salam, kamu siapa? Rupanya isteri abang Azlan, Ermiza yang menjawabnya. � Saya Zainal .� Azlan agak terperanjat apabila isterinya mengatakan Zainal yang melefonnya larut malam begini. � Hello abang. Dah lama abang menghilang. Ibu sakit sekarang kat HKL!�. Zainal separuh menjerit. Azlan amat terkejut. � ba...baik abang datang ke sana setengah jam lagi.� Azlan cemas. Sedetik dengan itu surat Hanis terbayang dalam ingatan . Azlan masih ingat surat itu masih di dalam fail peribadinya. Mujurlah fail itu berada dalam kereta.Ermiza hanya tercegat melihat keadaan suaminya yang cemas. � Ibu masuk hospital, siap cepat kita ke sana!�Ringkas ujar Azlan.Azlan memandu pecut keretanya untuk cepat tiba di hospital. Azlan menyuruh isterinya mengambil fail peribadinya dan membacakan surat di dalam sampul coklat. Ermiza hanya mengikut kata-kata suaminya. Kereta terus laju dipandu oleh Azlan. Dalam samar �samar lampu jalan, Ermiza membacakan surat Hanis.

� Assalamualikum kepada abang Azlan, Hanis dan Zainal datang ke pejabat abang hari ini. Abang tiada di pejabat. Untuk pengetahuan abang ibu sudah seminggu sakit , ibu rindukan abang sehinggakan ibu tak mahu makan dan minum. Setiap hari ibu asik menangis dan menangis sehingga mata ibu.....�
� Cukup!�Azlan menyuruh isterinya berhenti membaca surat itu. Dalam surat itu ibu sakit sudah semingu lamanya. Tetapi surat itu sudah sebulan Azlan menyimpannya.Setengah jam berlalu. Bayang HKL sudah kelihatan. Mujurlah pada malam itu tidak banyak kereta. Setelah membelok masuk ke hospital tercongok wajah Zainal di muka pintu. Wajah Zainal banyak berubah. Itulah kata hatinya yang menunjukkan sudah lama tidak menjengok adik dan ibunya. Setelah keluar daripada kereta Zainal terus mendapatkan abangnya dan bersalam denagn penuh hormat walaupun hatinya amat terguris. � Ibu masuk ICU� Ujar Zainal. Setelah itu Hanis terus mendapatkan abangnya apabila melihat raut wajahnya. Mata Hanis masih lagi tidak berhenti mengalir.Ermiza mendapatkan Hanis dan memeluknya dan bersabar.

Kira- kira 15 minit berlalu doktor keluar daripada bilik ICU. � bagaimana dengan ibu saya doktor..... Amin� Azlan terus bertanya.Tag nama Amin jelas tersemat di dadanya. � alhamdulillah. Ibu kamu selamat tidak ada apa �apa . dia cuma lemah kerana kurang gula dalam badannya. pergilah jumpa ibu kamu� semua yang mendengar berita itu manarik nafas lega. Azlan orang yang mula �mula masuk ke dalam bilik ICU itu.

�Ibu.... ini Azlan ibu... Azlan minta ampun tak jaga ibu.....� Rintihan Azlan amat sayu siapa yang mendengarnya. Mata Mak Su terbuka perlahan-lahan . pandangan yang muka kabur beransur ansur terang. � Azlan....� tangan Mak Su memegang tangan Azlan dan mengusap-ngusap pipi anak kesayangannya. Air mata Azlan mula menitik. Tangisan di dalam bilik itu amat sayu sekali. Jururawat yang ditugaskan menjaga bilik itu juga turut terharu dan hampir menitikkan air mata. Hanis dan Zainal mendapatkan ibunya. Semuanya menagis. Dalam suasana keesakan itu Mak Su bersuara. � Akhirnya kau balik nak , mak rindu sangat dengan kau Lan.�Zainal dan Hanis membiarkan abangnya dan ibu berpelukan. Biarlah rindu semalam itu dapat di ubati. Pak Hussin hanya mampu membatu melihat drama sebabak yang amat memilukan. Cikgu Norzah juga menitikkan air mata melihat drama yang tidak pernah di tayangkan di kaca televisyen itu.

Pak Hussin pergi mendapatkan dokor Amin untuk kepastian. � Mak Su kena tahan dalam wad kah?� � ya, rasanya semalam sudah mencukupi. Apabila gula dalam badannya stabil bolehlah pesakit pulang.� Terang doktor Amin. � Biar Lan sahaja yang teman ibu , yang lain bolehlah pulang.� Azlan bersuara. Setelah suasana reda, Ermiza barulah bersalaman dengan mak mertuanya. Mak su terus memeluk Ermiza agak erat. Ermiza mampu tergamam sahaja. Mak Su sudah berhenti menangis. Seumpama ada satu kuasa sahaja yang membuatkan Mak Su mampu berdiri dan pada masa yang sama Azlan cuba memapah ibunya. Tapi dihalang oleh ibunya. � Mana cucu-cucu ibu?� Mak Su kehairanan apabila melihat cucu-cucu kesayangannya, Fadhil dan Muiz yang sudah lama tidak bertemu tiada. Puas Mak Su melilau sekeliling. Masih tidak ketemu. � Mereka di rumah, orang gaji jagakan.Kalau ibu ingin jumpa esok lepas ibu keluar wad ibu duduk rumah saya ya .� Mak Su hanya mampu tersenyum. Namun senyuman itu tidaklah seperti senyuman yang biasa. Malam semakin larut. Setelah keadaan benar-benar reda pak Hussin dan isterinya memohon untuk pulang. Puan Norzah juga memohon untuk pulang . Azlan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana banyak membantu. �Syukurlah abang dah balik , sakit ibupun hampir terubat.� Tiba- tiba Zainal bersuara. Azlan hanya mampu tersenyum . tetapi dia malu kerana tidak menjadi anak yang diharapkan oleh semua.


Sudah sebulan berlalu. Mak Su sihat seperti biasa. Tetapi kali ini kehidupan Mak Su tidak seperti biasa.Mak Su dikelilingi oleh rumah �rumah batu dan tidak lagi dikelilingi oleh pepohon yang merimbun. Azlan membawa ibunya duduk bersama dengannya. Zainal dan Hanis juga turut tinggal bersama. Itupun Agak susah memujuk ibunya untuk bersama- sama tinggal dengan Azlan. Kini , Azlan banyak berubah. Ermiza juga sudah mengambil keputusan untuk berheti kerja.Ermiza mahu menjaga ibunya selagi hayatnya ada. Bibik juga diberhentikan. Muiz dan fadhil menjadi pengubat lara Mak Su. Hanis pula bekerja di Mawar Holding, pejabat abangnya. Zainal pula bersekolah di tengah-tengah kesebukan kotaraya Kuala Lumpur.Zainal semakin tekun belajar dan semakin kuat berusaha demi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM kelak. Kini satu perubahan besar telah berlaku .Walaupun terpaksa meninggalkan jiran- jiran lamanya, tetapi kini Mak Su mempunyai jiran yang baru.

Kebahagiaan telah menyinari keluarga Mak Su. Azlan pula tidak mahu melihat ibunya menagis lagi. Azlan juga tidak mahu ibunya menanggung rindu. Biarlah rindu semalam dapat di lupakan oleh ibunya. Kerana rindu semalam telah banyak mengubah hidup keluarganya............






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...