SAUDARA ISLAM ROHINGYA
Sinar mentari di pagi ini
seperti sedang mengerti
bahawa ceritanya sampai di sini
bahawa kisahnya bertitiknokhtah di sini
dipertontonkan
dari dalam sebuah
balang kaca yang hanya mampu dipandang
dan tidak mampu dirasa
kisah-kisah hidup mereka
saudara seIslam di Rohingya
dizalimi.
Hidup
dihalau di bumi sendiri
menagih simpati jiran-jiran
untuk berlindung dari
puak-puak yang tidak memiliki hati manusia
menyeksa, menindas, tanpa ada rasa belas
umat Islam di Rohingya
rintih pedih
luka kekejaman
berjuang menegakkan
agama Allah.
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan