Kelam dalam suram
sunyi dalam kematangan
titip pertimbangan bela nasib insan
jauh di layar angin
tanpa dayung jua kekuatan
untuk bergerak
untuk berarak.
Langkah di susun
sebaik-baik akar fikir
jangan dipipis
usaha teroris
kesannya kelam tak berkesudahan.
Kanan dan kiri
kedua-duanya berbeza
adanya gunung
adanya curang
batas jua jadi pilihan.
Gugur bertaburan
kenangan kembaja
titis hujan semangat pejuang
cari ketulusan dalam kepalsuan
kerana itu hiasan kiasan
alasan beralasan
alam duniawi.
© kluangman-universal.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan