Selasa, 1 Mac 2011

Selalu Ada


Saat malam tak lagi bicara
Aku ternanti-nanti kata bicara
Yang akan menghiburkan
Menghapus segala sedih
Saat aku tak kuat
Aku ternanti-nanti
Tangan yang akan memegangku
Menahan aku dari jatuh

Saat airmataku mengalir
Aku rindukan seseorang
Yang akan mengusapi pipiku
Kerana tidak rela airmataku terus mengalir
Ketika saat segala-galanya hilang
Aku ternanti-nanti seseorang
Yang akan membuatkan aku rasa dipenuhi

Aku tahu kerana Dia
Semua itu dipenuhi
Dan sentiasa akan terjadi
Kerana setiap saat bicara-Nya ada untukku
Kerana setiap saat tangan-Nya ada untukku
Kerana setiap saat aku dalam-dalam ingatan-Nya
Kerana setiap saat Dia selalu ada untukku.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...