Selasa, 30 November 2010

Isnin, 29 November 2010

KEKASIHKU

kekasihku…
aku merayu..
aku menangis..
kekasihku..
susah bagiku
melepaskan mu
suasah bagiku
untuk menjadi hipokrit terhadap diriku sendiri
dan susah bagiku
untuk menyesuaikan diri tanpa dirimu
kerana bagiku,
kaulah cintaku
kaulah semangatku
sehingga kini
dan selamanya
aku tetap
menyintaimu..
menyayagimu..
dengarlah wahai sayang ku…
aku memohon
melaut kemaafan
jika aku pernah bersalah kepada mu..
wahai bidadari ku..



Jumaat, 26 November 2010

cukup indah(^_^)

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai



Isnin, 22 November 2010

my home(paredise)

best...mmg best duk kat umah, semua benda ada. ape je yg aku nk makan boleh dikatakan ada. yag pling best aku dpt mkn nasi kerabu mak aku msk huh...terbaik la..tq mom wak nsi kerabu yg terbaik...


Rabu, 17 November 2010

saya sayang awak jew



Hanya Untukmu

raye d' perantauan


seumur hidupku 22 tahun bulum pernahaku tanpa family..tapi hari ini aku beraya tanpa mereka. bosan tak tahu nak buat ape. balik solat aku layan pes 2011 yang baru aku install semalam, da 2 aku tido, tak tahu nak buat ape. yang jd masalahnya makan. semuakedai area serdang hari ini off. susahuntuk ku mencarisesuap nasi hri ini. pikir punye pikir akhirnya aku p mines. disanalah aku dapat menikmati makanan. alhamdullah syukur. inilah raye aku tanpa dapat tegok upacara korban dan tanpe makan seketul daging. kesian kn?
pengorbanan yang terpaksa ku laluai demi 2 paper yg sedang mendatang. hopefully semuanya berjalan lancar..
berat pe raye kt cini tp lain kali aku tak mahulg beraya kt cini. moga2 tk da lapeper yg macam n lg..amin(^_^)

Ahad, 14 November 2010

Payahnya bila atap nak jadi tiang, tiang nak jadi dinding, dan d

Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya. Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini. Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:

“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga


Jumaat, 12 November 2010

7 Fakta ,Zaman Purba itu lebih canggih dari apa yang kita Fikirkan

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.
Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!
Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.
Akan tetapi, artefak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya – masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.
Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.

Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:

Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.
Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.

Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.
Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.
Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.
Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Kenderaan
Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui


Selasa, 9 November 2010

PEMIKIRAN LUHUR DALAM TEORI SPB4L: PEMBICARAAN TERHADAP CERPEN DALAM MOU SUMI Oleh: AzmiRahman Mukadimah Makalah ini membincangkan cerpen








Mukadimah



Makalah ini membincangkan cerpen-cerpen dalam Mou Sumi yang dihasilkan oleh cerpenis siber, Ahkarim (http://ahkrim.esasterawan.net). Mou Sumi memuatkan 22 buah cerpen dan 5 buah cerpenpen (cerpen pendek). Cerpen-cerpen yang dihasilkan bermula dari Disember 2005 hingga April 2009. Cerpen-cerpen dalam Mou Sumi pernah diterbitkan dalam Komuniti Cerpenis di eSastera. Com. Hanya cerpen ‘Mat Kopiah Hitam’ diterbitkan di akhbar Wasilah (23 Mei 2009), ‘Vitara Hijau Pucuk Pisang’ (Mingguan Siasah, 29 Julai 2007), dan ‘Luv U-Mimi’ (Jelita, Mac 2007).

Penelitian atau analisis karya sastera dalam pelbagai genre – prosa atau puisi, pelbagai pendekatan atau teori sastera yang digunakan. Ada yang memberatkan pada teori yang mandiri, misalnya teori: Taabudiyah, puitika Melayu, takmilah, konseptual-kata kunci, SBP4L, dan pengkaedahan Melayu. (lihat Mana Sikana, Teori & Kritikan Sastera Malaysia & Singapura, 2005). Teori SBP4L, pengkaedahan Melayu dan puitika Melayu, misalnya adalah teori yang bersifat tempatan dan mandiri.

Jika dikeluarkan satu daripada cabang analisis SPB4L, saya mengenal pasti pemikiran luhur sebagai fokus yang tersurat dan tersirat dalam teks Mou Sumi.



Pemikiran



Sistem pemikiran seringkali disebut sebagai pemikiran saintifik atau sistem pemikiran bersepadu yang merupakan sistem pemikiran yang tersusun dan berdasarkan kaedah saintifik (Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal. 1). Kata pemikiran (bahasa Inggeris think, thinking) tidak dapat diberikan makna konkrit. (Mohd. Yusof Hasan, Mohamad Azmi Ab. Rahman, Ghazali Hamid dan Syd. Abdul Rahman Syd. Zin, 2001, hal. 12-14). Gove (1986, hal. 2376 – 2377), misalnya menyatakan bahawa think/ thinking ialah ‘to have in one’s mind as an intention or desire,’ ‘to have as an opinion,’ ‘the action of using one’s mind to produce thoughts,’ ‘the kind of thought that belongs,’ ‘having or using the ability to think.’ Manakala de Bono, sarjana pemikiran lateral menyatakan bahawa pemikiran (thinking) adalah kebijaksanaan atau kecerdasan manusia (1997, hal. 11). Berdasarkan makna pemikiran, dapatlah dirumuskan bahawa pemikiran adalah proses berfikir manusia sama ada tentang benda bernyawa atau hidup, alam, abstrak dan Tuhan. Hasil pemikiran tersebut terpancar dan diterjemahkan dalam bentuk karya sama ada lisan atau tulisan atau bercetak atau siber (elektronik).



Teori SPB4L



Teori SPB4L telah diperakukan oleh sarjana sastera Melayu sebagai sebuah teori sastera tempatan yang muncul pada awal abad ke-21 (Mohamad Mokhtar Hassan, 2005, hal. vii). Teori ini mula dicetuskan oleh Mohd. Yusof Hasan, sekitar 1990-an, seterusnya teori ini disebarkan dan diajarkan kepada para pelajar Universiti Utara Malaysia – dicetak sebagai bahan bacaan wajib kursus Pengantar Pemikiran pada 1994 (dinamakan Pemikiran Saintifik SP4L). Kemudian diterbitkan pula meskipun teori itu dalam proses pemurnian dan pemantapan dengan menamakannya SPB4L (Sistem Pemikiran Bersepadu 4L). (Mohd. Yusof Hasan, 2000). Teori SPB4L menggabungkan dan menyepadukan empat (4) sistem pemikiran yang dijelmakan oleh manusia dalam karya sastera iaitu pemikiran luhur, lahir, logik dan lateral. Teori ini digolongkan sebagai sebuah teori pemikiran dan sastera mandiri Melayu. Diskusi ilmiah terhadap teori ini pernah diusahakan oleh Mana Sikana (2005). (http://azmirahman.esasterawan.net).



Pemikiran Luhur



Pemikiran luhur adalah pemikiran yang suci dan tinggi martabatnya. Pemikiran ini berkaitan dengan keimanan, ketauhidan, dan kepercayaan manusia kepada Yang Maha Esa. (Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal 4 – 5). Aspek atau skop pemikiran luhur terlalu luas dan tidak terjangkau minda manusia. Pemikiran luhur dalam agama Islam, misalnya melibatkan komunikasi manusia secara vertikal iaitu manusia sebagai hamba sekaligus sebagai khalifah berhubungan terus dengan Allah. Manakala komunikasi manusia secara horizontal pula melibatkan hubungan manusia sesama manusia dan alam. Pemikiran luhur dalam Islam termaktub lengkap di dalam Al-Quran: ajaran tentang Rukun Iman, Rukun Islam, dan aspek kehidupan berpolitik, ekonomi, sosial dan sebagainya. (Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal. 32 – 35). (http://azmirahman.esasterawan.net).



Pandangan S.M. Zakir



Kumpulan cerpen Mou Sumi, diberi ulasan panjang lebar oleh S.M. Zakir (hal. vii hingga xxiii). Saya kutip pandangan beliau untuk manfaat bersama:



1. Karya Ahkarim menyalin semula kehidupan menjadi sebuah karya sastera yang memegang kepada nilai kebenaran.

2. Mou Sumi memperlihatkan sebuah hasil kesusasteraan yang cukup jitu dan padu dengan nilai kesusasteraan yang cukup mengakumkan.

3. Cerpen-cerpen Ahkarim muncul dengan bahasa yang kemas dan olahan peristiwa yang bergerak lancar.

4. Ahkarim adalah seorang sasterawan yang sudah cukup berpengalaman dalam dunia kesusasteraan.



Untuk tujuan huraian pemikiran luhur dalam Mou Sumi, aspek keimanan, etika, nilai kasih sayang, pengorbanan, dan martabat serta maruah bangsa akan diberi tumpuan.



Keimanan versus Nafsu



Cerpen ‘Mou Sumi’ yang dijadikan judul antologi cerpen Ahkarim memaparkan ciri-ciri seorang watak Aku dalam penerbangan menghadiri perhimpunan jemaah tabligh di Bangladesh. Cerpen yang menarik ini memaparkan nilai insan yang pandai mengambil hati orang, suka membantu, mendengar dan bijak menyelesaikan masalah anak-anak buah (hal. 53). Cerpen ini juga menggambarkan watak Aku yang alim, bab hidayah Allah, dan lafaz zikir dan keEsaan Allah SWT. Watak Mou Sumi sebagai pramugari yang cantik dalam kapal terbang menggoda nafsu Aku. Simbolik kepada konflik antara iman yang kuat dengan dorongan nafsu yang lagi kuat ialah tasbih Aku terburai dari ikatan. (h. 60).

Dalam cerpen yang ringkas, yang berbaur antara ilusi dan realiti ‘Mukenah Sutera Merah Jambu,’ memaparkan watak Aku yang terbang ke Bandung untuk melancong dan melawat anaknya, Mimi. Dalam Masjid Al-Azhar, Aku memerhatikan seorang gadis yang bermukenah merah jambu yang sama-sama bersolat. Siapakah gadis itu yang sebelum bersolat, kelihatan berjeans sendat. Adakah gadis itu anaknya, Mimi? Begitulah Ahkarim berjaya membina imaginasi dan kebenaran. Selain itu, soal keimanan diberi tumpuan; nilai solat di Masjid Al-Azhar oleh watak Aku dan gadis itu.

Dalam cerpen ‘Olah Mulut Luas’ dan ‘Sungai Itau Mosque Resort,’ soal pemikiran luhur diangkat oleh Ahkarim. Lawatan rombongan pakej Ad-deen ke Tanah Suci banyak memberi iktibar dan teladan kepada manusia. Perhatikan kata-kata Pak Wan “…tolonglah supaya kita semua jaga lidah kita, jangan suka fitnah, bersangka buruk terhadap orang lain, supaya tidak tercemar ibadat kita, dan semoga umrah kita diterima Allah sebagai umrah mabrur… (hal. 125). Namun, gambaran nafsu yang tewas tidak terlepas dalam penceritaan; diceritakan perkahwinan Haji Razman dengan Mislah secara senyap di Siam.

Pesan untuk amalan hari Akhirat, amalan teori Barat secara melulu, dan tentang dakwah Islam untuk manusia menjadi inti cerita dalam cerpen ‘Sungai Itau Mosque Resort.’ Kata-kata Tuan Hilmi dapat menggambarkan penyataan itu. “…selagi tidak bercanggah dengan syariat, berteraskan akidah dan berlandaskan sunah, tidak perlu persoalkan…kita dinilai dari segi keikhlasan…(hal. 90).

Persoalan keEsaan Allah digambarkan dalam cerpen ‘Marwah Yang Gondol.’ Kisah suami isteri; Hamidah dan Hamidon yang berlatar tempat di Marwah ketika mereka menjadi tetamu Allah. Di Marwah, mereka berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Hamidah mengungkapkan “…Dia akur, ini semua kudrat Allah. Dia juga akur, ini juga dugaan Allah terhadap dirinya…” (hal. 194). Namun, Hamidon yang bernafsu, tanpa diketahui oleh Hamidah telah berkahwin dengan Marie Wong @ Marwati Abdullah, setiausahanya di Selatan Siam.

Cerpen ‘RM3.10 Sekilo’ meskipun memaparkan dunia penoreh getah; kisah Mah dan Mud yang gigih menorah getah. Dengan harga getah yang tinggi, rezeki mereka murah. Namun, konflik timbul bila hasil getahnya dicuri oleh anak Tok Imam. Musibah menimpa anak Tok Imam yang kepanasan. Berkat dan makbul mereka berdoa dan membaca Yasin supaya sesiapa yang mencuri hasil getah itu menerima pembalasan Allah. Gambaran Ahkarim dalam cerpen ini adalah tentang penoreh getah yang sabar, beriman, bersoalat di masjid, membaca al-Quran, taat beribadat, dan menderma rezeki kepada Maahad Tahfiz. Kata-kata Ustaz Damis meyakinkan Mah dan Mud bahawa al-Quran memimpin manusia ke syurga. “…seorang anak yang hafaz al-Quran dalam keluarga, maka insyaAllah, anak itu boleh menarik ibu bapanya masuk ke syurga.” (hal. 178). Hal-hal ibadat disentuh juga dalam cerpen ’23 Minit Lagi’ dengan watak Aku yang berlawan dengan gangguan syaitan supaya menekan butang snooze sedangkan waktu subuh sudah hampir.

Cerpen ‘Naematuali Master’ yang berlatar tempat di Bangladesh mengisahkan watak Naematuali Master yang banyak berjasa kepada masyarakat. Dia mengajar bahasa Inggeris di Model High School, Manikgonj, sampailah ke akhir hayatnya. Dia sendiri yang mengutip derma untuk pembangunan sekolah dan Masjid Rahmatpur. Nilai pengorbanan, dan keikhlasan yang terpancar pada watak utama ini adalah bersifat sejagat. Hal-hal berkaitan dengan dakwah Islam dan keimanan adalah lahiriah diri insan Islam. Tidak dilupa ucap doa “…Doa itu dilafazkannya dari sudut nurani yang cukup tawaduk…semasa sujud terakhir pada setiap kali solat.” (hal. 241).



Kemurnian Cinta, Etika, dan Nilai Kuasa



Pemikiran cinta dan kasih sayang menarik untuk diberi huraian. Cerpen ‘Luv u Mimi’ yang mengisahkan watak Pak Su yang cuba menghilangkan atau melenyapkan diri lantaran terbeban dengan hutang piutang. Namun, bila difikir anak-anak, rancangannya beberapa kali gagal. Mesej daripada anaknya “Akum Pak. Mimi akan sampai KLIA lusa. MH640. Tlg ambik Mimi dengan kreta sbab brg byk. Luv u-Mimi.’ (hal. 171) mengikat kuat kasih sayang bapa terhadap anak dan dirinya.

Cerpen ‘Makna Juara’ dan ‘Jagung Rebus dan Moi’ nampak ringkas tapi padat dengan nilai pemikiran cinta keluarga atau suami isteri. Ungkapan “Umrah…aku dah jemu...” (hal. 239) oleh Mak memberi makna yang Mak meskipun mahu menang tapi tewas; pilihannya ke Maldives, sebuah pulau yang indah di Lautan Hindi. Begitu pula ungkapan “Tak apalah, aku keluar makan di kedai Yah Janda.” (hal. 228) mengikat cinta dengan moi yang mahu disediakan oleh si isteri. Cerpen ‘Mah Punya Cantik’ meskipun cerpen ini kelihatan seksi dan berahi, “Mah terpacak di hadapan pintu tanpa memakai colinya…di depan Mael. (hal. 63), gambaran ikatan cinta yang kuat antara Mah dengan Husin, dan Mael dengan Sopiah terpadu dalam cerita (hal. 68). Namun, watak Jat yang setia terhadap suaminya jelas tergambar meskipun suami Jat berkahwin lagi setelah menikmati kesenangan hasil torehan getah yang dijual pada harga RM3.85 sekilo. “…Jat masih menoreh. Tanpa menghiraukan kehadiran mereka. Jat terus menoreh.” (hal. 54).

Membaca cerpen ‘Pro JC’ memberi gambaran sebaliknya bahawa hubungan baik dengan bos hendaklah ikhlas dan tidak ada apa-apa kepentingan peribadi. Bukanlah seperti apa yang diucapkan oleh JC (Jimmy Cho) “..Kalu hang nak minta permit, boleh aku rekemen. Aku tahu, hang tu bukan ada permit…” (hal. 140). Dalam soal mendapat permit sesuatu perniagaan atau perkhidmatan, bukanlah dengan cara rasuah dan sediakan perempuan cantik untuk bos demi mencapai segala kehendak seseorang. Penyalahgunaan kuasa adalah perbuatan tidak beretika dan bermoral apatah lagi dari dimensi Islam. Begitu juga dalam cerpen ‘Tetamu’ dengan watak Dia (bakal Pengurus Besar) Lembaga Pengangkutan yang berlakon tanpa disedari oleh staf warga di situ. Gelagat pekerja yang ponteng kerja, membuang masa, dan tidak beretika diperhatikan oleh Dia. Maka tidak hairanlah Nasir MD (hal. 24) menyatakan “…Pejabat tu macam sarkas.” Ahkarim mengajak khalayak untuk membina kecemerlangan organisasi, dan etika perkhidmatan hendaklah dipraktikkan sepanjang masa.

Politik dan kuasa tidak dapat dipisahkan. Tipikal politik Melayu sering dikaitkan dengan perebutan kuasa, salah guna kuasa, dan rasuah wang. Membaca cerpen ‘Mat Kopiah Hitam’ jelas pemaparan betapa politik dan para pemain dalam arena politik hendaklah bersih jiwa, dan jangan ada agenda sulit dalam tindakan. Namun apa yang berlaku dalam cerpen ‘Mat Kopiah Hitam’ adalah sebaliknya; konflik pemimpin Parti SAPU versus Parti PASU. Apa yang penting dengan apa jua cara ialah menawan puak agama; tok imam dan pegawai agama berpihak kepada parti SAPU. Mereka mahu mencucuk hidung tok imam dengan menabur material, naikan elaun, dan memecat mereka yang melawan arus politik perdana. Ungkapan ini jelas menunjukkan betapa tidak bermoralnya mereka. “Kalau Tok Imam tak mahu ikut kita, kita buang.” (hal. 75), dan “Puak ini dah kita tahu sangat; bagi ambil, jangan tolak; apabila pangkah, hak tu jugak…” (hal. 77). Tidak hairanlah jika dalam cerpenpen (cerpen pendek) ‘Politikus Keris Telanjang’ (hal. 225 – 226) menggarapi watak Aku versus politikus durjana yang jijik, menipu dan putar belit janji. Tragedi Aku menikam politikus durjana dengan keris berkarat dan tak bersarung adalah simbolik kepada berakhirnya kedurjanaan politikus sedemikian.

Persoalan etika juga digarapi Ahkarim dalam cerpen ‘Memahat Kepastian’ (hal. 261) dengan menjadikan watak Hassan; seorang pegawai atasan yang baru membawa banyak perubahan dalam organisasi. Namun, dalam soal pemilihan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lot niaga, soal etika hendaklah dilaksanakan, dan bukanlah berpendirian menyongsang bila ada pelbagai habuan yang ditawarkan demi hajat tercapai. “…Biasalah Tuan. Zain dan dah dua tiga kawannya beberapa kali ajak saya keluar tapi saya menolak. Panggilan telefon berpuluh kali semenjak lot niaga itu kosong… (264). Bukanlah apa yang digambarkan dalam cerpen dan cerita ini; betapa tidak bermoralnya seorang pegawai atasan kerajaan. Perhatikan petikan berikut: “…Dia terlibat dalam bersubahat memberikan lot kedai, gerai, dan premis perniagaan kepada orang yang bukan berhak. Banyak peniaga dan bakal peniaga tulen telah terlepas peluang tetapi sebaliknya orang lain yang mendapat berdasarkan kepentingan tertentu…(hal. 272). Meskipun “…lima bulan selepas itu,…Hassan bergelar Datuk Hassan…tahun depan dia akan dinaikkan pangkat dan akan menjadi orang nombor dua dalam hierarki pentadbiran negeri.” (273), bukanlah hal tidak bermoral dan beretika yang mahu diberi penekenan. Hal di sebaliknya yang tersirat adalah lebih bermakna; keputusan dan tindakan seseorang dalam apa jua yang melibatkan kepentingan awam hendaklah dilakukan secara berhemah dan beretika. Bekerja bukanlah tujuannya mahu mendapatkan kenikmatan material dan habuan fizikal seperti garapan dalam cerpen ‘Lopak Pelangi Sobariah.’ (hal. 213-214); dengan jawatan tinggi, Husin mendapat tanah.



Maruah dan Martabat



Maruah adalah hal-hal berkaitan harga dan kehormatan diri, bangsa, agama dan negara. Manakala martabat pula berkaitan dengan kedudukan seseorang pada mata masyarakat, agama atau negara. Maka maruah dan martabat ada kaitan dari segi makna dan tafsiran dalam cerpen-cerpen Ahkarim.

Ahkarim sebagai cerpenis dan sasterawan siber Melayu tersentuh dengan isu-isu yang melibatkan bahasa, agama Islam, dan bangsa Melayu. Atas kapasiti Ahkarim sebagai manusia Melayu, dia melontarkan pandangan dan pemikiran luhurnya terhadap bangsanya meskipun dengan nada sinisme dan keras. Dalam cerpen ‘Laluan Rencah Terakhir (LRT)’ dengan menggunakan watak asing; Naseem, Ahkarim dengan sinis menyatakan tentang nilai bahasa Melayu yang sudah bercampur aduk. “…tetapi mengapa dicampuri dua bahasa…Agaknya lebih kesan menawan hati pengguna, jawab angin. Jika bahasa nasional tidak berapa glamour, bisik angin…” (hal. 12).

Begitu juga dalam cerpen ‘Vitara Hijau Pucuk Pisang’ Ahkarim masih membicarakan soal maruah dan martabat bahasa Melayu. “…Apa salahnya kalau guna bahasa Melayu.” (hal. 103). Semangat Tuan Haji, sebagai mantan pegawai tinggi kerajaan jelas terhadap bahasa dan pemimpin Melayu. Watak Tuan Haji tidak mahu maruah dan martabat bahasa Melayu tergadai oleh pemimpin Melayu yang rakus kuasa. (hal. 107 – 108). Simbolik perjuangan watak Tuan Haji dalam cerpen ini adalah dia mengecat dinding kiri dan kanan Vitara Hijau Pucuk Pisang hadiah isterinya sempena hari jadinya yang ke-58 dengan bulatan putih. Maksudnya perjuangan mencari kebenaran; bahasa, agama dan bangsa Melayu dalam aliran politik dan pemikiran yang berbeza.

Maruah dan martabat bangsa Melayu masih menjadi tumpuan pemikiran Ahkarim. Dalam cerpen ‘Malayofobia’ dengan sinisme dan sarkasme, dia mengungkapkan “Malay bastard! Go to hell with the Malay.” (hal. 137). Tafsiran Melayu mengikut Ahkarim, tidak mahu menjadi Melayu yang mudah terikut dengan rentak Sik Leong. “Lu mesti tikam tiap-tiap minggu. Gua punya topekong bilang, mesti satu hali lu menang besat. Gua gelenti.” (hal. 132). Ahkarim tidak mahu, Melayu sudah lupa diri dan mengangkat maruah bangsa lain; misalnya bangsa Inggeris dalam rutin kehidupan. (hal. 185). Kisah Balan, yang mengkritik Datin Zanariah yang menggunakan bahasa Inggeris dalam mesyuarat kerajaan adalah tindakan yang berani. Risiko berbuat begini dalam konteks perkhidmatan kerajaan adalah ditahan kenaikan pangkat atau rendah markah prestasi kerja. Namun, berlaku sebaliknya bila Balan mahu bahasa Melayu dimartabatkan dalam mesyuarat kerajaan; dia dinaikkan pangkat ke JUSA. (hal. 191). Selain itu, cerpen ‘Bicara Vit dan Kan’ secara personifikasinya ada mengungkapkan soal bahasa Melayu. Ungkapan Vit “…menteri kita yang haprak pun cakap bahasa rojak juga …” (hal. 230). Pada pandangan Ahkarim, bangsa Melayu mesti bermaruah dengan bahasa Melayu; jangan timbulkan kecelaruan fikiran.

Dalam fikiran Ahkarim, agama adalah keseluruhan hidup. Agama bukanlah alat untuk mencapai agenda politik. Namun sebaliknya terjadi dalam cerpen ‘Dr. Hatimas,’ kisah seorang ustazah dan penceramah agama yang handal dalam bab Islam menjadi pemain politik (politikus) setelah gagal meraih jawatan profesor; sebab tanpa buku kajian empirikal, ilmiah tetapi bersandarkan ceramah…”(hal. 43). Dia meletak jawatan sebagai pensyarah universiti, dan menjadi YB. Namun sebagai manusia Melayu yang faham tentang Islam, kesudahannya di mana? Benarlah pesan suaminya “…guna Hatimas hanya untuk mengalahkan lawan mereka yang juga berlatar belakang Islam dan cukup popular.” (hal. 45).

Soal kepentingan ilmu dan nilai ilmu turut dibicarakan oleh Ahkarim dalam cerpen ‘Polemik Di Udara’ dan ‘Agnes, Di Susur Sandakan.’ Dalam penerbangan, berlaku diskusi ilmiah antara Muzzammil dengan seorang lelaki Arab; Nurfrah yang berfikiran kebaratan. Polemik ilmu ini menarik kerana watak-watak mencari kebenaran ilmu. Namun pada pandangan Muzzammil “…membaca dan terus membaca. Mencari yang terbaik untuk memakmurkan bumi Allah…(hal. 156), dan “…pelaksanaan hendaklah diteliti; yang bertentangan dibuang, yang baik diubahsuai dan diadaptasikan.” (hal 157). Ilmu pula hendaklah berada pada kedudukan yang tinggi dan sebagai manusia, rasionaliti membuat pilihan adalah amat wajar supaya hidup tidak menyimpang dan tidak berpihak kepada nilai kebaratan yang bukan semuanya benar.

Pengaruh Barat masih kuat meresapi pemikiran warga negara, khasnya Melayu. Dalam cerpen ‘Agnes, Di Susur Sandakan’ meskipun garapannya tentang asal usul nama negeri Di Bawah Bayu, watak Aku masih tertanya-tanya dan bercakap sendirian “…Biarlah mereka kenal Agnes; penulis, perakam sejarah, pemastautin dagang yang cekal mengungkap sebuah sejarah di rantau using ini. Agnes, pencipta ungkapan rimantis ‘Bumi Di Bawah Bayu..” (hal. 209). Namun, itulah realiti dan fakta yang warga negara Malaysia terima; asal usul ungkapan itu ciptaan orang Inggeris; Agnes Newton Keith.



Penutup



Cerpen-cerpen dalam Mou Sumi beragam pemikiran khasnya dengan pemusatan kepada pemikiran luhur yang juga luas dimensinya; hubungan manusia dengan Yang Maha Esa dan hubungan manusia dengan manusia serta alam. Jika diteliti satu persatu cerpen Ahkarim dalam Mou Sumi, dapatlah dirumuskan bahawa; pertama, sebagai cerpenis dan sasterawan siber, garapan pemikiran Ahkarim adalah garapan kehidupan manusia dan dirinya sebagai insan-Nya yang terakam pelbagai peristiwa, cerita dan pengalaman. Semua itu dipilih, disaring, kemudian ditapis oleh Ahkarim dengan teliti supaya menjadi aksara pemikiran luhur yang bermakna; kedua, dengan alur cerita yang teratur dan kemas, Ahkarim berjaya mengangkat pemikiran luhur manusia di sekelilingnya, dan khalayak mentafsirkan pemikiran dalam cerpen dengan cara sebaliknya; ketiga; pemikiran luhur dalam teori SPB4L, sebagai satu kaedah analisis teks sastera; dalam hal ini cerpen-cerpen Ahkarim dapat menyelongkar persoalan keimanan, cinta, perjuangan, etika, moral, maruah dan martabat manusia; dengan tumpuan kepada manusia Melayu; keempat; cerpen-cerpen Ahkarim sarat dengan timbunan pemikiran. Justeru, dapatlah dinamakan cerpen pemikiran; ada nilai perjuangan integriti, sinisme terhadap para pemain politik Melayu, Islam, bahasa dan bangsa Melayu yang tidak dihidangkan dengan luapan perasaan romantis dan bernada melankolik.





Rujukan



Ahkarim. (2009). Mou Sumi: Kumpulan cerpen siber. Kuala Lumpur: Esastera Enterprise.

AzmiRahman. ‘Dimensi estetik sajak siber.’ Dalam http://azmirahman.esasterawan.net

AzmiRahman. ‘Merungkai dan mengaplikasi sebuah teori sastera Melayu mandiri: Teori SPB4L.’ Dalam http://azmirahman.esasterawan.net.

de Bono, E. (1997). de Bono’s thinking course revised. London: BBC Book.

de Bono, E. (1973). CoRT thinking. Pergamon Press.

Gove, P.B. (1986). Webster’s third new international dictionary of the English language unabridged. Springfield, Massachusetts: Merriam-Webster Inc.,

http://esastera.net

http://azmirahman.esasterawan.net

Hassan Ahmad. (2006). Ke arah kelahiran Melayu glokal: Memperkasa bangsa melalui kekuatan dalaman. Shah Alam: Alaf 21 Sendirian Berhad.

Kamus dewan edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2005). Teori & kritikan sastera Malaysia & Singapura. Singapura: Penerbit Pustaka Karya.

Mohd. Yusof Hasan. (1994). Pemikiran saintifik (SP4L). Sintok: Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik, Universiti Utara Malaysia.

Mohd. Yusof Hasan. (2000). Pemikiran saintifik SPB4L. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Mohd. Yusof Hasan, Mohamad Azmi Ab. Rahman, Ghazali Hamid & Syd. Abdul Rahman Syd. Zin. (2001). Pengantar pemikiran. Sintok: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia.

Mohamad Mokhtar Hassan. (2005). Teori konseptual-kata kunci. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohamad Azmi Ab. Rahman. (2004). Kesusasteraan Melayu: Dimensi bahasa dan pemikiran. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Mohd. Tajuddin Hj. Abdul Rahman & Rahman Shaari. (1997). Teman peribahasa untuk KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd. Tajuddin Hj. Abd. Rahman. (2006). Kamus peribahasa. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd. Yusof Hussain. (2003). Teori-teori komunikasi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sastera.Net edisi 8.



Doa Ketika Ditimpa Musibah..

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا. Innaa lillahi wa innaa ilaihi rooji’uun, Allohumma ujurnii fii mushiibatii wa akhliflii khoiron minhaa “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (di hari Kiamat).

Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku).”[5]




SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (al-Baqarah:156)

Keterangan Ayat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar
umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar
mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut
untuk membaca doa tersebut di atas.

Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di
atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini
bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara
yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Ayat di atas disebut ketika:
* Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan
* Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
* Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...