Sabtu, 22 Disember 2012

Ummul Kitab


Ramai diantara ente-ente semua yang tahu membacanya, tapi tidak tahu akan maksud disebalik baris-baris ayatnya, jom sama-sama kita  baca dan memahaminya ;)




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.








Jumaat, 21 September 2012

Ku Milik Mu



Jauh ku tinggalkan kisah semalam
Jauh ku tinggalkan duka kelmarin
Kusut jiwa menyesakkan dada
Kecamuk hati ini tak pernah ku luah
Ketika Kau kurniakan
NikmatMu kepadaku
Terasa diri dlimpahi RahmatMu


Ku mohon Engkau pimpinlah kelemahan hati ini
Agar aku selalu di jalan RedhaMu
Tak putus memujiMu
Moga tak Kau biarkan dan lontarkan diriku
Bersama mereka yang di dalam kemurkaanMu
Tuhan kepadaMu aku meminta
Jangan Kau biarkan aku terleka
Dan tenggelam dalam nikmat dunia
Terlupa yang ku miliki semua milikMu
Hanyalah keikhlasan serta pengabdianku
Menjadi lafaz syukurku kepadaMu
Dan ku kembali padaMu Tuhan
Yang Menciptakan





Jumaat, 27 Julai 2012

SAUDARA ISLAM ROHINGYA

SAUDARA ISLAM ROHINGYA 

Sinar mentari di pagi ini 
seperti sedang mengerti
bahawa ceritanya sampai di sini
bahawa kisahnya bertitiknokhtah di sini
dipertontonkan 
dari dalam sebuah   
balang kaca yang hanya mampu dipandang 
dan tidak mampu dirasa
kisah-kisah hidup mereka
saudara seIslam di Rohingya
dizalimi.

Hidup
dihalau di bumi sendiri
menagih simpati jiran-jiran 
untuk berlindung dari 
puak-puak yang tidak memiliki hati manusia
menyeksa, menindas, tanpa ada rasa belas
umat Islam di Rohingya
rintih pedih 
luka kekejaman 
berjuang menegakkan 
agama Allah.
...



Isnin, 23 Julai 2012

KE ARAH MANA II




KE ARAH MANA II


Aku ingin mencari seseorang bak cermin
dapat melihat diriku seperti seadanya
dapat menjadi pendengar yang memahami
dapat menyabarkan aku ketika dianiaya
dapat mendamaikan aku ketika gelisah.

Aku ingin mencari seseorang bak bayang
dapat menemani aku ketika rasa gundah
dapat mengawal hatiku ketika jiwa parah 
dapat memanduku ketika aku hilang arah
dapat tunduk akur setia lagi pasrah.

Aku ingin mencari seseorang bak cahaya 
dapat menerangi aku ketika aku hiba
dapat menjadi penyeri hidupku ceria
dapat menyuluh imanku ketika aku berduka
dapat menyinari hidupku sampai bila-bila


nice one from..

IDANRADZI 
hmetro 21.7.12


Tambah kapsyen


Najwa Latif - AdaMu



Najwa Latif - AdaMU

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Khamis, 19 Julai 2012

RAMADHAN



RAMADHAN


Tibanya satu bulan
bulan yang diimpikan para salik
bulan untuk menyucikan jiwa
bulan untuk mencari cinta-Nya
bulan untuk merapat sujud pada-Nya

Tibanya bulan ini
didalamnya diisi dengan benih ayat-ayat suci al-Quran
ditaburi dengan baja Zikrullah
disirami dengan solat Tarawih
digemburkan dengan Qiammullai
menunaskan selembar daun Iman

Lindungilah tunas itu 
dari belenggu ancaman parasit
kerna sifat parasit itu bakal melemahkan 
dan melumbuh siratan Ibadah 
yang terjalin kukuh di bulan 
al barakah ini.

Marhaban Ya Ramadhan.


(Serdang, 2012)

Selasa, 10 Julai 2012

RUANG RINDU


Pagi ini
sekalung rindu ku titipkan
kepada-Nya
jantung hati pujaan seluruh insan duniawi
syukur 
aku diberi sehari lagi ruang
ruang untuk ku sujud pada-Nya
akan ku penuhi ruang-ruang ini
dengan gerimis hujan ingatan ku pada-Nya
agar airnya bisa mengaliri ke seluruh pelusuk bumi
menyuburkan seluruh satwa alam
mekar subur menyintai-Nya.

حسبنا الله ونعم الوكيل
 "Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong “


Khamis, 31 Mei 2012

SEBATANG KARA


"Anda berjalan sebatang kara
anda akan mati sebatang kara
anda dibangkitkan nanti pun sebatang kara"

@dipetik dari puisi "Suara Abu  Dzar" karya D.M

Selasa, 29 Mei 2012

Berlabuh Seketika


Beriktikaf 
di rumah-Mu
beri aku selautan kekuatan
dalamnya menusuk kalbu diri 
menyirat kesalur darahku
seorang insan dahagakan 
kasih sayang dari-Mu

Di Dada Akhbar


27.5.2012












Isnin, 28 Mei 2012

Kata


Kata 
andai yang diucap 
tanpa akal 
ibarat pokok tidak berbuah
menanti masa menyembah bumi
hancur dan reput
tidak berguna 



S.S


Jumaat, 25 Mei 2012

Saudara SeIslamku



Saudaraku
persis penat lelahmu dapat kuhidu
titis peluh kudratmu 
basah membasahi bajumu
dengan caramu
resah wajahmu menantikan 
seorang insan 
berjiwa bersih
membeli seluruh bahan yang dibawa.

Saudaraku
berjaja
dari seseorang ke seseorang
menis tutur kata
senjata utama 
adat berjaja
menarik setiap pelanggan yang ada
sedang bahan di kendong masih penuh di tangan.

Masih di sini
cari dan mencari 
pelanggan yang dihormati.


@simataburung



Rabu, 16 Mei 2012

Guru Lilin Hidupku






Guru 
kau ibarat lilin sentiasa menerangi 
sentiasa memberi 
suci bersih seputih warnanya 
kau benamkan di setiap daripada kami 
cahayanya jadi penyuluh di kegelapan diri 

Guru
tanpamu siapalah aku
kain putih yang kosong tanpa warna
kau potretkan wajah diri
sebaik-baik wajah
memanusiakan manusia

Guru
sinar ilmu tidak akan terpadam
sentiasa bersinar menyuluh 
lorong-orong 
anak bangsa 

Terima kasih guru.  




@simataburung

Isnin, 14 Mei 2012

Makan Pasir - (Sebuah Cerpen Untuk Kita-Kita Sebagai Rakyat) | iluvislam.com discover the beauty of islam

Makan Pasir - (Sebuah Cerpen Untuk Kita-Kita Sebagai Rakyat) | iluvislam.com discover the beauty of islam

Waktu Itu

Kemana hilang siasah diri 
jadi rakus gejolak fatamorgana
pejam celik persis gendola 

Hitam, 
kelam, 
pekat,
gelap, 
membawa tsunami mengganas
setitis darah jadi penanda aras 
hilang 
semuanya hilang

Racun bicara 
punca segala 
bara bisa menjadi api yang marak 
membakar lumat seluruh isi kota. 


 @ simataburung..

Jumaat, 11 Mei 2012

Tetamu Senja


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat.

@ A. Samad Said / kopratasa

Sabtu, 21 April 2012

Ranjang Mawar

Kerana dia aku menangis 
Tanggalkan sisa kewarasan 
Rela melepaskan kemudi di tangan 
Di kala ribut gelora 
Datang mendera samudera 
 Kerana dia aku menangis 
Padamkan gaya dan perasaan 
Sanggup memutuskan pertalian diri 
Kepada selain dia yang kudamba 
 Ku tenggelam dalam rindu 
Tidak berdasar dan bertepi 
Ku terdampar dalam sendu 
Tidak bernoktah dan berhuruf 
 Ku terkorban dalam cinta 
Tak beralasan dari lembar 
Satu lagi tak menjanjikan 
Ranjang mawar yang ku mimpi 
 Ku mimpikan yang ku mimpi

Selasa, 10 April 2012

Malam Menjelma




Kelam dalam suram
sunyi dalam kematangan
titip pertimbangan bela nasib insan
jauh di layar angin
tanpa dayung jua kekuatan
untuk bergerak
untuk berarak.

Langkah di susun
sebaik-baik akar fikir
jangan dipipis
usaha teroris
kesannya kelam tak berkesudahan.

Kanan dan kiri
kedua-duanya berbeza
adanya gunung
adanya curang
batas jua jadi pilihan.

Gugur bertaburan
kenangan kembaja
titis hujan semangat pejuang
cari ketulusan dalam kepalsuan
kerana itu hiasan kiasan
alasan beralasan
alam duniawi.


© kluangman-universal.blogspot.com




Khamis, 29 Mac 2012

KEKASIH




Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi


@ S.N. Usman Awang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...